19 August 2009

satu penulisan..satu penyampaian

Bercerita tentang seseorang yang xpernah aku kenal, xpernah aku tau khdpnya tp segala penyampaian dia yg aku bc slalu buat aku terkedu, berfikir, tersentuh dan kadang2 tersenyum tanda setuju atas apa jua yang dia ungkapkan. Mmg aku teruja n dgn segala penulisan dia. Sentiasa buat aku insaf dan mengenali diri dlm alam ne serta hbgn yg berlaku di sekeliling kt. Aku xpandai menulis mcm dia tp apa yg dia sampaikan, segala penulisan dia pasti ada perenggan yg akan buat aku termenung dan berfikir. Aku xtau smda cerita dia benar atau x yg berlaku pd dia tp mmg berkesan smp ke hati aku slalunya. Mmg pjg berjela slalunya penulisan dia tp aku xpernah jemu utk bc sbb aku tau aku akan jmp perenggan yg menarik. Segala cerita dia pulak selalu membangkitkan rs indahnya hdp sbg org sederhana dan indahnya islam itu..


Kamu tahu, anak saya adalah anak yang istimewa. Tidak ada apa yang membahagiakan anak saya selain mendengar lagu-lagu Micheal Jackson. Anak saya menjadi gembira, cerdas dan sangat bahagia. Saya ikut bahagia melihat anak saya.
Pada saat itu saya mengerti tentang diri saya, mungkin selera saya tidak sealiran dengan Micheal Jackson, mungkin saya tidak menyukainya malah membencinya. Namun, saya tahu saya tetap perlu menghormati dia kerana walau dia tidak memberikan untuk saya setidak-tidaknya dia memberikan bahagia untuk orang yang sangat saya sayang. Lalu bahagia apa lagi yang saya dapat peroleh selain melihat bahagianya orang yang saya sayang?”

……………………………………………………………………………….

Seumur hidup ayah saya dia tidak pernah menerima wang berjumlah empat angka daripada saya. Hari ini untuk pertama kalinya saya mahu berikan dia wang berjumlah empat angka. Itu cita-cita saya kerana saya sudah terlambat untuk berbuat begitu dengan ibu saya. Untuk ayah saya, saya tidak mahu lagi terlepas.”

…. “ Ini untuk ayah,” kata dia tersenyum membesarkan hati…
“Gunakan wang ini untuk upah haji arwah ibu kamu. Untuk ayah, insya-Allah sekiranya Tuhan masih memberi rezeki, pasti ada lagi bahagian untuk ayah. Namun untuk ibu kamu, hanya itu sahaja rezekinya di sana.”

…………………………………………………………………………………

Saya ini manusia yang lemah, tidak mampu menutup satu pun lubang nafsu sendiri sedangkan lubang nafsu itu ada sembilan jadi dengan tidak memakai alas kaki, saya boleh mengelak hadir ke tempat-tempat di mana nafsu saya dapat dimasuki bisikan syaitan dengan cepat. Pusat membeli belah misalnya penuh dengan perempuan-perempuan berbaju sendat, saya tidak mampu menahan mata saya lalu nafsu saya bergelora dan begitu juga dengan lubang-lubang nafsu yang lain. Jadi dengan kaki yang tidak beralas, saya hanya boleh ke kedai kecil dan juga ke masjid dan berharap di jalanan nanti saya mampu menutup lubang nafsu saya daripada dibisiki syaitan. Bukan itu sahaja saya juga berharap dengan tidak memakai alas kaki, saya lebih mampu merendah diri dan juga timbul rasa bermegah-megah apabila bertmu orang yang tidak punyai upaya membeli alas kaki,” terang lelaki tua itu dengan panjang lebar.

“Sebenarnya lubang nafsu itu sepuluh tetapi satu sudah tertutup lalu tinggal sembilan. Yang sembilan itu pula adalah kedua-dua mata, telinga, hidung, mulut dan juga lubang kelamin dan dubur. Kesemuanya ada sembilan lubang”
“Lubang ke sepuluh itu pula apa?


“Lubang pusat,” jawab lelaki tua itu lalu menunjukkan jarinya ke arah perut dan menyambung, “ ia hanya terbuka semasa kita masih dalam rahim ibu dan pada saat itu kesembilan-sembilan lubang nafsu yang lain masih tertutup rapat dan hanya di alam rahim sahajalah kita ini menjadi manusia yang benar-benar suci.”

……………………………………………………………………………….

“Kita tidak punyai pilihan untuk lahir dalam keluarga yang bagaimana dan tidak punya pilihan untuk mendapat otak yang bagaimana. Mudahnya kita tidak punyai pilihan untuk banyak perkara dalam hidup kita. Tetapi kita punya pilihan tentang bagaimana cara kita menyayangi pasangan kita.

2 bacteria:

Anonymous 8/20/09, 11:23 PM  

it's deep..mind to share??:-)

Anonymous 8/20/09, 11:23 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP