Nama Seorang Ayah
Orang akan bertanya kamu anak siapa? dan jaw yang slalu kita dgr hny nama ayah yang disebut. Tapi ramai anak2 akan mengaku "saya ank mak/ibu" jarang dengar "saya ank ayah" kita slalu ingat betapa garang dan tegasnya seorg ayah.
kita slalu ingat betapa xmesranya seorang ayah.
kita lupa yg ayah tegas kerana mahukan anknya jd yg terbaik dari dirinya
kita lupa yg ayah xmesra krn msnya byk dihabiskan mencari rezeki utk kt hdp dlm kesenangan
Di mata anak-anak, kasih sayang seorang ayah mungkin tidak sehebat kasih sayang seorang ibu. Tetapi seorang ayah akan sentiasa cuba memenuhi impian seorang anak, walau dengan apa cara sekalipun. Hanya anak-anak yang tidak tahu bagaimana untuk menghargai nilai kasih sayang itu. Sesungguhnya, dari kasih sayang seorang ayahlah yang menjadikan siapa kita pada hari ini dan tanpa sedar ke mana jua diri kita pergi dan lakukan, di setiap baris borang yang kita tulis akan tertera namanya.
:: Bertemu Kasih tanpa Jasad, Bicara tanpa Suara, Hanya Tulisan Bahasa Indah ::
0 bacteria:
Post a Comment