Sardin dan Kerang
kata kakak aku, ms kecik2 dulu hdp family kita ssh sgt. ya itu aku tahu.
kata kakak aku lg, ms mula2 pindah ke sini, xada electrik dan bekalan air selama hampir 3 thn.
itu aku xtau kerana aku masih belum lahir.
kata kakak aku lagi, abh dan ummi sentiasa cuba buat yg terbaik utk ank2. sentiasa akan pastikan ank2 cukup makan even diorg perlu berlapar. ya itu aku akui kerana smp skrg hny ank2 yg diorg pentingkan even ank2nya ada yg dah berkeluarga.
kata kakak aku, ms aku lahir adalah saat kegawatan ekonomi dlm keluarga. ms aku membesar adalah saat kesukaran bagi abh dan ummi..kekurangan sumber kewangan krn kelapa sawit jatuh merudum..kurangnya punca pendapatan.
kata kakak aku lagi menu mknn utama keluarga kita adalah sardin dan kerang.
sungguh!! aku xtau pun semua itu. aku xtau pun keadaan ms tu. knp kerang? kerana kerang tu murah dan byk jd boleh di msk pelbagai cara. mujur abh seorg yg rajin..ummi seorg yg tabah dlm menjaga ank2.
kata kakak aku lagi, kamu bertuah sbb xingat apa yg kami lalui dulu. kamu bertuah krn xrs apa yg kami rs dulu.
bagi aku pula, aku rugi xnmpk apa yg kakak aku nmpk dahulu.
aku rugi xnmpk 'perjalanan' itu.
apapun aku bersyukur krn apa jua perjalanan yg dilalui oleh kakak aku, kami tetap dlm satu jalan yg sama cuma bezanya jarak perjalanan itu.
:: Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan ::

0 bacteria:
Post a Comment