aku dan mereka
masa : 12 tahun yang lalu
tmpt kejadian : rumah bdk jitra
rumah taman yg berdekatan dgn politeknik dan yawata. tiap kali turun sn mesti mkn char kuew tiau depan yawata. mmg mabeles la. mak dia wajib buat mee sanggul my feberet. hny kat sn je dpt mkn mee tu lagi. kdg2 dia akan bw lepak tasik jitra. borak2 smp lewat ptg. bilik tdo penuh dgn brgn katak sbb dia pengumpul katak toys. mama and baba sporting. lama xlepak sn dah.
masa : 12 tahun yang lalu
tmpt kejadian : rumah bdk tabung haji
pertama kali smp simpang umh dia, aku dan bdk jitra turun dari bas dan dia jemput ngan motor. akibatnya merasa naik motor bertiga dalam hujan yg sederhana lebat. mmg klakar bila ingat blk. bak kata bdk jitra "mujur bdk sek kt xtau. haru nanti. aku xkan lupa wei pengalaman ne". haha..dan ye smp skrg kami akan gelak bila ingat blk. bersemangat dia smbt aku ngan bdk jitra dtg. siap msk ayam msk kurma smbl berpandukan resepi belakang rempah.hehe.. bdk jitra buat smbl sbb tu feberet dia dan aku msk sayur kangkung. dia tggl ngan adik2 dia jer. ayah dia kawin lain so tggl umh lain xjauh dari situ. belakang umh dia ada byk itik sbb dia bela itik. first time la aku tgk itik sbnrnya yg masih hidup depan mata. merasa bg itik2 tu mkn n men kejar2 ngan itik. mmg best.
masa : 12 tahun yang lalu
tmpt kejadian : rumah bdk penang
aku g sn dgn bdk jitra juga. first time dgr nm kg dia mmg gelak besar la. sbb mmg klakar tul nm kaw tu. rumah dia btl2 tepi jalan. dia 2 beradik je dan ank sulung. kat umh tu ada mama, ayah, maktok n adik dia. mama dia mmg friendly btl. aku rapat ngan mama n maktok dia. mama slalu ajak aku jln2 around penang bedua je ngan dia. dlm diam dia akan kejut aku bgn tdo pastu ktorg g pasar mlm naik motor. blk dr pasar mlm bebel bdk jitra dan penang sbb xbw diorg. hehe.. blakang umh dia sawah padi terbentang luas.pernah ms aku g umh dia beramai2 ngan geng satu kebetulan kg dia ada buat family day kampung. mmg hapening. mcm2 xtvt ada kami pun join juga.
masa : 11 tahun yang lalu
tmpt kejadian : rumah bdk gunung
di sbbkan orgnya terlalu merendah diri jd pyh gak aku dpt g umh dia. sbb dia slalu kata umh dia buruk dan xbest. mcm la aku ne org bandar. tp akhirnya dia bw aku g rumah dia. mak dia pun ramah. ayah dia pun sm cm abg2 dia mmg pemalu.haha.. adik kembar dia ceria. nenek dia rajin lyn karenah aku. persekitaran rumah dia mmg terbaik lah aku rs. sbb blakang rumah ada anak sungai yg jernih dan berada btl2 di taman rekreasi. mmg cantik dgn pokok2 yg hijau. ye la taman reaksi lps tu ada satu gua a.k.a gunung yg popular dgn batu kristal (bunga batu). ramai peniaga amik dr gunung tu la. aku msk gua tu dan tgk sendiri bunga2 batu yg cukup cantik. sblm balik dia hadiahkan aku bunga batu yg cantik.
masa : 5 tahun yang lalu
tmpt kejadian : rumah bdk baling
zaman sekolah aku xberpeluang nak g umh dia. jd bl aku berkempatan g sn aku cukup suka sbbnya dia tggl di kaw yg bhs agak pelik bg aku. mmg aku suka. bahasa org baling cukup unik. aku sk dgr. klu rumah aku atas bukit, rumah dia plak bwh bukit. jauh ke dalam dari jalan. di kelilingi hutan dan paya. rs tenang jer. bila mlm mmg sejuk smp ke tulang. mcm dkt genting. pg dengan kabus dan air kolam sejuk mcm ais mmg xkan berpeluh la ddk sini. kipas xyah pasang pun xper. mlm tu aku dan budak jitra di bawa oleh dia mandi kolam air pns yg xjauh dr situ.
aku mmg suka pegi rumah kawan2.. slalunya aku xpenah tolak pelawaan diorg klu ajak tdo rumah diorg. bagi aku tu satu cara utk aku rapat, kenal dgn dia dan family dia serta hdp dia. bagi aku, aku perlu kenal dia dan keluarga dia supaya hubungan xkan pernah putus dan setiap org ada life sendiri yg berbeza. aku juga suka klu kwn2 nak lepak umh aku. namun setakat ne, dlm geng satu hny bdk jitra dan bdk penang jer yg pernah dtg umh aku. jd bila aku kerja, bdk2 opis boleh dikata semua pernah dtg lepak umh aku. xkira lelaki atau perempuan.
:: berkawan dari sama-sama home sick di sekolah sehinggalah ada yang dah morning sickness sekarang. smg ikatan persahabatan ini smp ke sana..Insyaallah ::

0 bacteria:
Post a Comment