Persepsi
Kamu kenal X dengan cara yang berbeza dan kamu selesa dengan cara X. X juga menyatakan keselesaannya pada kamu. Kamu bahagia dengan adanya kewujudan X yang buat hidup kamu gembira. Kamu jarang dapat bersamanya tp yang pasti kamu yakin dengan perkenalan yang X hulurkan. Kamu sambut dengan hati yang terbuka dan rs saling percaya.
Tiba-tiba datang Dia yang cuba merosakkan hubungan yang terbina. Dia kata dia lebih memahami X yang pernah hadir dlm hdpnya. Dia cerita apa yang X lakukan yang kamu xpernah tahu kerana kamu tak pernah hidup bersamanya. Ada cerita yang X menipu kamu yang sememangnya kamu terkejut tapi kamu menilai dari segi pandangan kamu. Mungkin X layan dia dengan cara yang berbeza dengan kamu.
Kamu patut menilai dari segi kamu dengan X bukan dari segi Dia dengan X. Kadang-kadang manusia ada watak yang berbeza. Penjahat sendiri ada kebaikan. Penjahat menjadi seorang yang kejam dengan orang lain tapi dengan orang yang dia percaya dia akan melayan dengan baik dan berharap org itu mempercayai kebaikan yang dia berikan.
Jadi persepsi mana yang kita nilai?
Dari persepsi antara kamu dengan X? atau
Dari persepsi antara Dia dengan X? atau
Dari persepsi X dengan kamu? atau
Dari persepsi X dengan Dia?
Kebarangkalian yang terjadi ramai akan memilih persepsi masa lampau dan org yg terdekat dengannya.
Aku memilih masa sekarang antara aku dengan dia dan aku memilih positive thinking.
:: Menilai seseorang tidak menentukan siapa mereka, ia menentukan siapa anda ::
0 bacteria:
Post a Comment