..Keredhaan..
Ada waktu kita akan melayan kata hati.
Sehingga tanpa sedar kita boleh bertukar emosi dengan sekelip mata.
Aku pernah ketawa sepuas hati namun 5 minit selepas itu, bila aku mula layan perasaan aku, hati jadi sebak dan tanpa sedar air mata mengalir tanpa diundang.
Aku selalu pandang ke belakang melihat apa yang telah terjadi walaupun org kata jangan pandang ke belakang lagi. Tak salah rasanya pandang ke belakang hanya untuk mengingat apa yang telah terjadi.
Bila pandang ke hadapan yang belum pasti apa akan terjadi, banyak persoalan terlintas hingga kadang2 tu letih nak menjawab sendiri.
Percaturan hidup setiap insan memang tak dapat nak di jangka. Apa yang mampu kita lakukan hanya menerima setiap dugaan dengan sabar dan redha walau pedih dan sakit mana sekali pun.
Memang kita yang mencorakkan setiap yang berlaku itu tapi kita tak pernah tau akibat yang menanti.
Sampaikan satu masa akan terlintas di hati untuk menamatkan riwayat hidup kerana letih dengan apa yang telah berlaku. Letih dengan keadaan sekeliling.
Sebagai orang islam, kita perlu percaya pada qada' dan qadar.
Andai ketentuan itu yang terpaksa dilalui, aku pasrah dengan kehendakNya namun ketetapan hati perlu dikuatkan demi sebuah kehidupan.

0 bacteria:
Post a Comment