Along
K.long membesar dengan arwah mak (nenek) dan ayah (atok).
Jadi dia kurang rapat dengan kami adik beradik.
Aku xberapa tahu life dia masa kecil macam adik beradik yang lain.
Tapi k,cik kata k.long hidup senang.
Apa yang dia nak mesti dapat.
K.long seorang yang bertubuh rendah tapi agak gempal.
Perwatakan manja dan sensitif.
Agak bijak dalam pendidikan.
Sentiasa selangkah ke hadapan berbanding kami.
Masa along dapat ke universiti, ummi cukup bangga.
Mana taknya dia orang pertama di kampung yang dapat jejak ke menara gading.
Kami xrapat sangat dengan along sebab sikap dia yang sentiasa nak dimanja dan permintaan dipenuhi. Abah dan ummi slalu backup along. Apa saja rahsia, jarang kami share dengan along. Kadang2 beli apa pun kami sorok2 sebab dia mesti nak. Tapi aku jenis boleh masuk dengan semua adik beradik.
Along rapat juga dengan aku.
Slalu belikan aku macam2 masa aku di bangku sekolah.
Sekarang banyak juga nasihat pasal kehidupan dia turunkan pada aku.
Aku paling suka along potongkan rambut aku.
Dia tau taste aku macamn. Dia xpernah kisah ada adik yang tomboy macam aku.
Apapun, aku respect cara dia berdikari dalam menambah rezeki hidup dia.
Seorang yang bijak dan pandai dalam apa jua bidang.
0 bacteria:
Post a Comment