Kasih Sayang
Melihat air mata seorang ketua keluarga menangis teresak2 cukup memilukan hati dan sesiapa sj yg melihatnya..
Abh.. Seorang yang tabah, keras hati adakalanya mungkin kerana dia lelaki..lelaki sulung dalam adik beradiknya seramai 9 orang termasuk 2 adik beradik tiri.
Pilunya hati ne bila aku lihat abah xmampu pun jejak kaki melangkah masuk melihat jenazah mak dia. Dia hanya duduk diluar rumah. Bila k.cik dtg peluk abh, tumpah juga air mata dia akhirnya. Menangis dalam dakapan anak dia sendiri tanpa menghiraukan pandangan mata org lain. Abah kembali tenang selepas itu.
Selepas jenazah dimandikan, tiba masa utk melihat dan mencium utk kali terakhir..
Abh adik beradik yang terakhir cium dan sepantas mungkin abh keluar dr rumah selepas itu dengan mata yang berair.
Menurut adik lelaki aku, dia berkesempatan mengangkat jenazah dr rumah ke van jenazah. Katanya, yang angkat semua cucu jenazah..
Anak2 lelaki jenazah termasuk abh tunggu dalam van.
Abah..
Semasa talkin dibacakan, sekali lagi engkau menangis..itu bukan air mata kelemahan tapi kesedihan yang teramat sangat.
Sayu hati apabila engkau menangis teresak2 sehingga terpaksa ditenangkan oleh adikmu sendiri.
Sayu hati melihat engkau tak mampu bangun dan tersandar di penjuru meja sebegitu..
Abah..
Kami juga terasa kehilangan nenek.
Seorang yang lantang bersuara walaupun kami xberapa faham butir bicara nenek yang pekat berbahasa banjar.
Dia nenek kami selamanya..
Abh..
Nenek pergi dengan keadaan tenang..
Pergi dalam tidur yang tiada siapa pun tahu bilanya dia dijemput Pencipta.
Nenek pergi tanpa menyusahkan sesiapa pun.
Raya haritu last jumpa nenek. Beria nenek cium dan peluk cucu2 dia time tu. Siapa sangka itu adalah dakapan terakhir dari dia.
Abah..
Coolz tau abah sedih sebab dah jd yatim piatu sekarang. Doakan yang terbaik untuk arwah nenek sebab dia xpernah menyusahkan anak2 dan cucu dia walau hidup serba kedaifan.
Segala yang pernah berlaku antara aku dan arwah nenek akan menjadi kenangan yang indah.
Dia kembali kepada penciptaNya tatkala umurnya 84tahun. Alfatihah untuk nenek tercinta (18.02.1930 - 01.09.2014)
0 bacteria:
Post a Comment