Lima Belas
15 tahun berlalu persahabatan aku dengan mereka. Satu jangka masa yang lama. Sedekad lebih.
Asalnya kami berlapan berjanji setia mengingati dan mempercayai persahabatan yang terjalin.
Namun, apa yang terjadi memang kita tidak pernah tahu. Seorang memutuskan persahabatan kerana jodoh yang tidak diduga.
Yang terpaksa menerima tapi hati masih terikat erti 'sahabat' itu sendiri.
Aku sendiri tak pernah menganggap ia putus. Masih akan setia melayan dia andai dia bertegur sapa cuma kemesraan kurang terasa.
Semakin lama semakin jauh antara kami.
Yang masih berhubung rapat hanya 3 orang.
Yang saling bertukar cerita, meluah perasaan. Aku, bdk baling dan bdk jitra.
Kami masih akrab, masih saling merindui, masih saling bertaut kasih yang lama terjalin walaupun bukan sentiasa berhubung bagai pasangan kekasih namun xpernah dilupakan.
Terima kasih untuk persahabatan itu.
Semoga persahabatan kita hingga ke akhir hayat.
Sekarang kita sudah masuk generasi ke dua SATU.
Happy anniversary SATU

0 bacteria:
Post a Comment