28 January 2016

Kisah dalam tren - 4

Dalam kesibukan orang mengejar tren ke sana sini untuk pulang ke rumah aku ternampak seorang lelaki kurang upaya menolak sendiri wheelchair yang dinaikinya. Aku nampak dia di platform 3 bertentangan dengan platform aku. Ada seorang polis bantuan mengiringi dia ke satu arah yang aku sendiri xpasti ke mana. Selang 10minit kemudian aku lihat ada diplatform aku pula. Mungkin td dia salah platform. Xlama kemudian tren pun smp. Dia beratur di coach wanita. Ramai orang masa tu namun yang perasan kehadiran dia akan beri dia laluan masuk. Masa tu aku terfikir mana polis bantuan td. Dia sepatutnya tolong OKU ni. Nasib dia aku xpasti dapat naik atau x selepas tu. Bila aku sampai ke destinasi aku, aku jmp dia semula sedang berusaha untuk keluar dari tren. Kesian dia. Jarak dari platform ke tren agak jauh dan berbeza ketinggian. Bahaya bagi dia sebenarnya. Orang2 dalam tren tolong keluarkan dia. Agak ssh kerana semuanya perempuan. Ye kerana dia di ladies coach. Pegawai ktm bertugas berada di hadapan tren dan tidak perasan kehadiran dia mungkin. Apa pun dia selamat turun ke destinasi dia akhirnya.

Aku sedih dengan kebajikan untuk OKU di negara ni. Sangat tidak mesra alam untuk mereka. Sepatutnya polis bantuan yang tolong dia tunjuk platform nak naik td patut tggu dan tolong dia masuk dalam tren. Bila dia dah masuk patut inform petugas di stesen yang dia nak turun di inform supaya senang dia ditolong masa hendak keluar. Klu platform ok tiada masalah tp klu sebaliknya seperti yang berlaku amat payah bg diorng. Diorg juga patut boleh tahu coach mana dia naik so senang standby jemput dia. Klu dia bergerak sekalipun ke coach lain xjauh mana dia mampu bergerak dan cctv ada untuk pemantauan so boleh tahu di mana dia berada. Bukan susah pun nak layan diorg rsnya. Diorg xminta untuk jadi mcmtu. Diorg xminta untuk dilayan mcmtu tp kita kene hargai org mcmtu.

Dalam pada masa yang sama aku juga bangga dengan orang2 yg menolong dia td. Dari masuk hingga keluar. Tolong angkat wheelchair dia. Sebenarnya bila kita dapat tolong seseorang even bende yang remeh pun akan rs kepuasan dalam diri. Betul. Menolong itu satu sifat saling menghormati.

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP