22 March 2016

Sekelip Mata, Senafas Cuma

aku masih ingat bagaimana dunia aku berpusing 2 3 kali kemudian terasa hentakan kiri dan kanan.
tiba2 suasana kembali sunyi dengan kepayahan aku buka mata dan lihat keadaan yang gelap
aku cuba bernafas namun amat sakit aku cuba lagi dan lagi
aku terdengar suara seseorang berkata keluarkan dia cepat
aku dengar bunyi hentakan di pintu aku
aku berjaya buka seat belt dan dalam separa sedar, aku dipapah ke tepi jalan
tak lama kemudian satu bunyi hentakan cukup kuat di depan aku.
angin laju menyebabkan aku tergamam
aku lihat, sebuah kereta remuk kemudian melanggar divider dan stop di kiri jalan
beza nyawa aku hanya beberapa saat saja. sekiranya aku tidak dikeluarkan saat itu mungkin aku tiada lagi di dunia ini

terdengar satu lagi break mengejut mengelak dari melanggar kereta di hadapan aku melanggar divider kanan yang mana hanya 1m dari aku dan terus memecut laju menghala ke seseorang yang aku kenal
aku menjerit sekuat hati dan dia melihat tanpa sempat bergerak ke mana2 hanya mampu jatuh terlentang ke tengah divider.
lega adik aku selamat. aku rasa nyawa aku melayang kali ke 2 melihat insiden tadi
satu2 insiden yang mengerikan aku tengok
ke kiri dan ke kanan dengan kudrat yang ada aku mengelak setiap rempuhan

akhirnya pasukan penyelamat datang dan aku terduduk kesakitan
9 kereta dan 2 motor terlibat secara keseluruhan
segalanya berpunca dari kereta kami

Kamu tahu, aku hanya ingat kamu
Kamu tahu, aku hanya terfikir bagaimana keadaan kamu jika aku tiada
Kamu tahu, tiada setitis air mata pun tumpah walau aku sakit satu badan seolah retak/patah tulang rusuk aku
Kamu tahu, aku takut kamu kehilangan aku kerana aku mahu luangkan masa lagi dengan kamu

Bila keputusan xray keluar, hanya mampu bersyukur aku masih bernyawa
sedangkan orang takkan sangka aku masih hidup

Abah, secekal mana pun jiwa lelakinya itu tapi bila dapat memeluk anak2nya, di situ juga air mata dia mengalir laju.
Ummi, kerana jiwa seorang ibu itu halus, dia tak mampu mengungkapkan sepatah kata pun namun aku tahu pelukan dia itu bermaksud bersyukur.
Bila seorang kakak yang aku sanjungi datang dan memeluk aku, akhirnya tumpah air mata aku kerana bersyukur masih ada waktu untuk aku berbual dengannya.

Terima kasih kerana kasih sayang itu ada
Awak, saya sayang awak
Someone that i love forever.
:: Either You Run The Day 
or The Days Run You ::

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP