01 November 2016

Penamat atau Permulaan Hidup

Lately ni ramai kawan2 abh dan ummi pergi menghadap Illahi.
Mereka ramai seusia abah dan ummi. Generasi felda pertama yang datang di sini.
Orang blok aku sendiri boleh di bilang dengan jari ramai yang dah jadi janda atau duda. Kejiranan yang dahulunya meriah kini sepi. Hanya cuti2 perayaan akan dengar suara keriangan dan keriuhan anak cucu.
Hampir setiap minggu akan dengar berita kematian. Samada sakit mengejut atau kerana sakit tua. Kebanyakan sakit tua yang telah lama sakit.

Adakala terfikir apa perasaan abah ummi. Mendengar kawan2 yang dahulu sama2 ke ladang, sama2 susah menetap di felda. Kenduri kendara bersama, dari sama2 beranak sampai dah ada yang ada cicit tiba2 pergi selamanya. 30 tahun lebih menjadi jiran dan kenal dengan rapatnya. Kini, semakin berkurangan sahabat2 diorg.

Aku generasi ke 2 felda. Aku ank pertama dalam adik beradik yang lahir di tanah felda ini.
Aku anak jati felda.

Sekolah yang besar kini hanya ada 2 kelas sahaja yang digunakan mungkin. Sudah generasi ke 3 menetap di sini. Yang ke sekolah adalah generasi ke 3 kebanyakannya.
Kemudahan semakin membangun tapi kemeriahan tidak seperti dulu.

Aku di lahirkan di sini. Kalau boleh aku juga mahu ditanam di tanah ini.
Tanah tempat aku lahir dan membesar.
Tanah anak felda yang aku sayangi.

Kematian...
Sesuatu yang tak pernah dijangka bila dan di mana.
Tiada kematian yang menggembirakan tapi bukan hanya penamat kehidupan orang di sekeliling.
 


Cantik perkuburan di tanah aku lahir ini.
Kemas dan bersih.
Aku tak pernah menjejakkan kaki ke kawasan ini lagi.
Aku mahu biar ia menjadi rekod yang lama.
Tak sanggup aku fikir siapa akan aku jejak suatu hari nanti.
Lebih rela jasad aku sendiri ke sini tanpa aku perlu tangisi dan ingati.

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP