Destiny
aku pernah terlihat jiran aku turun dari motor seorang pakcik tidak jauh dari rumah dia di malam hari.
jiran aku itu sebaya kakak aku
keadaan dia sangat kurus sedangkan dulu badannya bulat
pemakaian juga agak selekeh sedangkan dulu dia seorang yang jaga penampilan
rambutnya pendek sedangkan dulu rambut panjang dan sentiasa tersisir rapi
antara kawan2 kakak aku, dia yang kurang berjaya dalam hidup
lepas spm dia terus kerja kilang
ketika itu dia yang paling mewah antara kawan2nya
duit simpanan banyak, ada kereta, pakaian mewah
tapi dia tersilap langkah
cinta menghancurkan hidupnya
dia kenal dengan lelaki yang mengikis segala kebahagian dia
duit simpanan abis, kereta tergadai
banyak kali dia salah jatuh cinta
banyak kali keluarga tidak merestui gara2 lelaki orang yang dicintainya
dari seorang yang ceria dan suka tersenyum akhirnya dia banyak menyendiri
kini tinggak bersama ibunya yang uzur
bekerja dapat gaji sekadar yang mampu
hanya dengan kakak aku dia mahu berkomunikasi kerana katanya kakak aku tak pandang hina pada dia. tak memilih kawan dan darjat
kakak aku kata, pakcik yang kamu nampak tu adalah kekasih dia. seorang lelaki tua yang sudah punya isteri dan anak. juga sudah punya cucu. malangnya lelaki itu juga bukan seorang yang baik tapi kerana cinta dia tak pernah serik. kakak aku kata, dalam usia seperti kami, kami akan menerima sesiapa saja yang mencintai kami, yang kami rasa kan membahagiakan kami
aku hanya mampu diam dan mendengar setiap kata-kata kakak aku
ada benarnya apa yang kakak aku kata tapi aku bersyukur kakak masih tahu buruk baik seseorang dan tidak mengharap cinta dari sang kekasih semata kerana bagi dia, cinta keluarga juga adalah segalanya yang membahagiakan dia. walau dia masih tidak punyai cinta hati tapi dia bersyukur dengan ketentuan Illahi. bagi dia, mungkin Allah mahu dia lebih berbakti kepada orang tua kerana itu jodohnya masih belum tiada.

0 bacteria:
Post a Comment