Cerita Kakak Lagi..
kata kakak aku orang tak pernah tahu kenapa
dia masa kecil suka belasah orang
ya.. dia selalu dipukul/dirotan cikgu
kerana dia selalu menumbuk pelajar lain
ramai yang menjadi penumbuk atau penampar dia
kamu tahu kenapa kc suka pukul orang?
tanya dia pada aku
aku cuma diam dan tangok dia
kc selalu dihina masa dulu
kc benci diorang hina kc
diorg kata kc miskin
kc tak pernah kisah diorg hina miskin tapi jangan buli
diorg yang buli dulu sebenarnya
kc suka membaca
masa dulu hanya tahun 4 ke atas di benarkan masuk library
sebabnya diorg kata klu tahun 1 or 2 tu nanti nak koyak buku atau conteng sj
kc sedih.. jadi kc selalu selongkar tong sampah untuk cari paper
kc baca paper2 tu tp budak2 lain selalu rampas paper kc
diorg koyak dan ejek kc
kc sedih.. abah tak mampu nak beli paper time tu dan bagi abah
beli paper tu membazir saja. tak ada faedah pun
terdiam aku.. aku tak pernah lalui seperti apa yang dia lalui
aku dikelilingi kwn2 yang baik
sedih aku dengan hidup dia
dia mempunyai pemikiran org bandar yang ke hadapan
wlu lahir dan hidup dalam kampung yang sempit pemikiran
apa pun, bersyukur dia bangun dan bangkit dari pengalaman
menjadi seorang insan yang cukup cekal hatinya
apa yang dia ingini menjadi kenyataan
satu saja lagi belum di capai
namun hanya beberapa langkah sahaja lagi dia akan mencapainya
IR.. semoga apa yang kamu inginkan menjadi kenyataan
aku bangga ada kakak seperti kamu
yang selalu memberi byk pengajaran dalam setiap langkah hidupnya
aku selalu menjadi pendengar yang setia
adakalanya seolah macam drama kehidupan dia
tapi ini adalah realiti yang telah dia lalui
aku sanggup lakukan apa saja untuk dia
dia adalah sedarah sedaging yang aku sanjungi sampai bila2

0 bacteria:
Post a Comment