Kucing
Aku sangat suka kucing
rasa tak boleh hidup kalau tak pegang bulu dia yang lembut tu
bau kucing lagi best
aku suka semua binatang berbulu sebenarnya
tak kisah la spesis apa pun
dulu masa kecil, selalu tidur dengan kucing
tunggu abh dan ummi masuk bilik lepas tu aku akan senyap2 cari kucing
yang aku suka dan bawa masuk bilik
suka dengan badan kucing yang suam2 tu
best je rasa bila dia tdo kat atas badan ke, kat celah2 ketiak ke,
kat kaki ke.. sampai satu tahap, aku pernah bawa kucing yang tengah sarat mengandung
tidur dengan aku
akibatnya, aku tersedar hampir subuh sebab tilam basah
rupanya ibu kucing tu dah beranak
penuh darah kat tilam aku
takut kejap xtau nak buat
takut abah marah je sebenarnya sebab abah bukan penggemar kucing macam ummi
bila bagtau ummi, dia terus cari kotak siapkan tempat ibu kucing dan anknya
terus bersihkan darah2 yang ada
itu adalah kucing kesayangan yang dah lama mati
sayang boboi
lately ni kesihatan aku tak berapa ok setiap kali aku balik kg
selalu sangat hidung berair dan gatal
mata pun gatal
bersin tak berhenti
sakit tekak
aku terpaksa terima hakikat yang aku alah pada kucing
dah lama tahu tapi tak pernah nak ambil peduli sebab suka sangat dengan kucing ni
setakat main dan belai kucing je yang mampu sekarang ni
tu pun kejap je simtom2 dah datang
dah jarang gomol dan cium kucing
haishhh.. tapi kalau dah geram tu tak kisah pun kadang2 tu
bila usia makin meningkat ni,
satu2 nikmat ditarik
ermm... semoga masih mampu bertahan lama lagi
kerana masih banyak benda ingin aku lakukan

0 bacteria:
Post a Comment