19 July 2019

Blood Type

adik lelaki aku masa lahir sangat hebat pertarungan hidup dia
ketika baru lahir dia menghidap demam kuning yang sangat teruk
ya terlampau teruk
sampai satu waktu, adik aku yang baru berusia beberapa hari itu terpaksa di kejarkan ke hospital besar dan menjalani pembedahan yang memerlukan dia di tukar keseluruhan darahnya

menurut mak aku, adik aku di palang supaya tak bergerak
tangannya di ikat. mulutnya di sumbat puting dan di selotep supaya adik aku tidak menangis dengan kuat. tak dapat aku bayangkan waktu itu. 

mak aku yang masih dalam pantang dan masih belum sembuh sepenuhnya dari bersalinkan dia melihat semua itu didepan matanya. doktor memang tak benarkan tapi akibat mak aku telah mendengar adik lelaki aku menangis tanpa henti dengan kuat, dia telah menolak dengan kuat pintu bilik pembedahan dan seolah2 dia hilang kawalan ketika itu. tenaganya amat berbeza.

akhirnya doktor membenarkan mak aku masuk bilik pembedahan dan menyaksikan segalanya.
namun ketika doktor mula menebuk pusat adik aku, darah memancut keluar dan mak aku terus pitam.
yang mak aku sempat tengok, darah keluar, kemudian ada satu mesin yang memasukkan darah baru ke badannya. jadi adik aku melalui proses penukaran keseluruhan darahnya dengan membuang darah lama dan memasukkan darah baru.

ketika itu, adik aku darah jenis O+ dan doktor kata memerlukan penderma keran proses ini memerlukan darah yang sangat banyak. abah tak dapat nak derma sebab abah darah AB. akhirnya pakcik aku dermakan darahnya sebab dia juga darah O+

doktor kata proses ini tak pernah buat lagi di hospital tersebut tapi doktor akan cuba melakukannya. 
kemungkinan untuk dia hidup 50-50 sebab dia perlu sesuai dengan baru tersebut. sekiranya ada tanda2 dia tidak sesuai, akan ada susulan pembedahan lain semula. 

kuasa Allah, adik aku selamat dan pembayaran pembedahan ketika itu hanya dikenekan cas murah kerana abah aku memegang kad penderma darah yang tegar dan dapat diskaun untuk semuaanya. darah O adalah darah yang paling mahal namun waktu itu tak dikenakan bayaran untuk darah tersebut kerana buku derma darah abah itu. 

sekarang, ketika dah besar ni, adik aku kata dia adalah orang berdarah B.. apa lagi, bertekak la ktorg bercerita kisah lama. dia kata, memang betul dia berdarah B sekarang sebab dah check banyak kali. kami rujuk kes ni ke doktor dan doktor juga pelik. macam mana darah O boleh bertukar ke darah B.

banyak rujukan kami buat, adik aku siap tanya pakar di PPUM lagi namun sebab bukti kukuh pun tak ada jadi senyap macamtu je la kes.

akhirnya ada seorang doktor kawan adik aku mengakui memang boleh bertukar darah sebab apa ntah term yang dia sebut tu tapi memang rare. jarang sangat di jumpai dalam dunia ni.

zaman sekarang bila ada google, semua benda boleh di cari juga. jadi memang betul darah adik aku dah bertukar cuma kami tak ada rekod darah dia masa kecil untuk buktikan semua tu. hospital dia buat pembedahan dulu dah tak simpan rekod sebab dah bertahun kes tu.

kami cuma boleh agak, ketika dia buat pertukaran darah dulu, memang di masukkan juga darah O tapi mungkin sistem dalam badannya telah menukarkan darah tu. semuanya kuasa Allah juga janji adik selamat. dia membesar dengan sihat cuma memang badan dia agak lemah dengan penyakit berkaitan darah ni. jika dia jatuh sakit memang agak teruk. macam masa kene denggi dulu. kritikal juga dia. tapi berkat doa seorang ibu, dia selamat melalui semua tu.

kalau darah boleh bertukar, inikan pula hati dan perasaankan.. eh.. ke lain pula.




0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP