28 December 2020

Sahabat

Kalau bercerita tentang sahabat mesti banyak nak dikisahkan
apa aku nak ceritakan ni bukan tentang sahabat aku tapi adik aku
tentang persahabatan adik lelaki aku dan sahabat dia

asalnya adik aku takde la closed mana dengan member dia ni
satu hari lepas diorg habis spm, adik aku dapat news kawan dia excident
teruk condition dia
kepala dia terhantuk tiang lampu kayu
tempurung kepala pecah dan cebisan otak ada terlekat di tiang lampu tu
kuasa Allah dia masih hidup hingga kini

keluarga dia agak susah
jadi adik aku rajin ke rumah dia bila ada waktu terluang
dari dia mula2 excident hingga kini
masa 7 tahun yang lalu, setiap kali adik aku ke rumah dia
akan beli barang-barang dapur untuk keluarga dia
adik kata, keluarga dia orang susah
kampung dia jauh ke dalam pedalaman
keluarga dia berhabis duit untuk perubatan dia
terpaksa buat bilik batu untuk pasang aircond sebab dia tak boleh panas dan berpeluh

masa berlalu dan keluarga dia sudah dalam kesenangan bila anak2 lain dah ramai bekerja yang bagus
adik aku masih melawat kawan dia walau kawan dia hanya terlantar sepi
kawan dia ni hanya boleh gerakkan mata sahaja
yang lain semua lumpuh
dia juga banyak hilang ingatan
setiap kali adik aku datang, dia akan ingatkan sape diri dia
ambil masa sejam dua baru kawan dia ingat balik sikit-sikit
kami satu keluarga juga pernah melawat keluarga diorang
keakrapan adik aku dan family kawan dia buat kami sekeluarga juga rapat
semua ahli keluarga aku yang pertama kali melihat kawan adik aku ni akan mengalirkan air mata melihat condition dia
nyawa dia masih panjang walau terlantar macamtu bertahun lamanya
yang terkini dia mampu menggerakkan jari dan pergelangan tangan sikit

adik aku kata setiap kali dia datang melawat kawan dia, kawan dia akan mengalirkan air mata
maybe adik aku satu-satunya kawan dia yang tak pernah berhenti melawat dari umur 18 tahun hingga kini diorang berusia 31 tahun. 

aku respect dengan adik aku ni
tak pernah lelah dengan kawan dia tu
tak pernah lupa
tanpa jemu sentiasa melawat selama 13 tahun ni
walaupun setahun sekali atau 2 kali je melawat dia
selalunya setiap kali balik rumah atok, adik aku akan singgah rumah dia
adakala dulu tidur di rumah dia juga
adik perempuan aku pernah tidur sana juga
cousin kami juga pernah tidur rumah dia
family memang baik dan mesra
rasanya diorg dah anggap adik aku tu keluarga diorg juga

semoga persahabatan adik aku yang tanpa bicara itu berterusan ke akhir hayat
semoga Allah permudahkan urusan dia


ini gambar dari google tapi macam ni lah condition kepala kawan adik tu






0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP