Antara cinta dan sahabat
cinta..
aku pernah rasa manisnya cinta
aku juga pernah rasa sakitnya cinta
aku juga pernah rasa pahitnya cinta
aku pernah rasa manisnya cinta
aku juga pernah rasa sakitnya cinta
aku juga pernah rasa pahitnya cinta
aku pernah couple dengan beberapa orang dalam hidup aku
yang aku inginkan ceritakan ini adalah antara orang yang pernah hadir dalam hidup aku
cukup aku kenalkan dia "somebody"
kami asalnya serumah
kemudian, kami makin closed
seminggu aku bermain tarik tali dengan dia dan akhirnya dia kata dia suka pada aku
istilah suka tu maksud lebih dari seorang kawan biasa
hati aku masa tu menunggu seseorang
seseorang yang aku suka
tapi dia menyepikan diri dari aku dan dia pun dah ada seseorang dalam hidup dia jadi aku terima somebody dalam hati aku
boleh dikatakan bahagia juga aku dengan dia berbanding dengan yang sebelum-sebelum ni
kami banyak spent masa sama-sama. kami serumah tapi bukan sebilik
akhirnya, bilik ada housemate keluar, aku dapat sebilik dengan dia dan hubungan kami makin erat
dia seorang yang simple.. tak mengongkong, suka buat suprise, carring and ya loving
aku mula mencintai dia.. tapi dia pernah mengehadkan hubungan kami dengan mengatakan hanya 2 tahun maybe kami akan bercinta kerana dia kata dia ingin bekeluarga.
aku pasrah.. aku terima hakikat tu.
kawan-kawan, aku mula kenal dia bila mana aku lepak dengan geng-geng bodyguards aku, dia selalu join sekali
sampai satu masa aku perasan salah seorang bodyguard aku selalu tanya pasal dia
diorang makin closed dan aku perasan diorang selalu text antara satu masa lain
aku mula cemburu
layanan somebody pada aku mula berubah
dia dah mula keluar berdua dengan bodyguard aku yang bernama H
aku benci nak kongkong dia or tanya itu ini tapi aku tahu diorang dah mula bercinta
somebody mengaku yang dia sayangkan H
H juga mengaku yang dia cintakan somebody dan dia minta izin aku untuk menjaga sombody dalam hidup dia
masa tu hati aku cukup sakit
sangat pedih bila mana 2 orang yang aku sayang mencintai each other
aku mula jauhkan diri dari somebody dan H
sampai satu masa diorang memutuskan untuk berkahwin
depan mata aku, aku melihat hantaran somebody buat sendiri untuk H
sebab kami 1 bilik
somebody mula utamakan H dari aku
bila aku ajak keluar, dia kata dah janji nak keluar dengan H
bila aku makan, dia kata dan makan dengan H
sakit hati tu aku je tahu
aku mula malas pergi office, jiwa aku parah
seminggu sekali atau dua kali aku akan ponteng
aku hanya berbaring dalam bilik tanpa buat apa-apa
berat aku jatuh mendadak sampai satu hari aku jatuh sakit
aku muntah dan badan tak berdaya
somebody masa tu pergi bercuti dengan keluarga H even diorang belum berkahwin lagi
sebab keadaan aku agak teruk so aku admitted 4 hari di hospital
aku memang depressed time tu
bagi aku masa tu aku hilang kawan baik dan aku hilang cinta hati
somebody datang selepas 3 hari aku di wad
dia minta maaf dan menangis dalam pelukan aku
masa tu aku dah tak ada air mata nak menangis untuk dia lagi
aku kata, aku lepaskan korang berdua dari hati aku
jadi jangan inform dan update apa yang korang nak buat lepas ni
hampir 5 tahun aku putuskan hubungan dengan diorang
H hampir setiap hari memujuk aku
dia rasa bersalah tapi dia kata, ini cinta hati dia yang betul bukan main-main
bertahun H pujuk aku berbanding somebody yang menyepikan diri
satu pun aku tak pernah reply text dia
satu pun panggilan H aku tak pernah angkat
H pernah kata,"aku tahu ko sayang dia tapi patut ko redha aku dengan dia sebab ko tau diri aku sebenarnya macamner.. ko tau sejarah hidup aku berbanding somebody.. jadi ko patut tahu aku bukan orang yang akan sia-siakan dia. aku sayangkan ko dalam persahabatan kita tapi aku cintakan dia"
aku rasa bukan somebody yang menyebabkan aku betul-betul sakit hati tapi H
dia kawan lelaki terbaik aku pernah ada
dia lelaki yang memahami aku
bukan sebab aku ada hati dengan H.. tak pun tapi aku rasa aku kehilanngan 2 orang yang penting dalam hidup aku. itu yang aku drop teruk
untuk memaafkan somebody, aku tak amik masa lama pun. setahun lebih rasanya aku recover dari sengsara cinta tapi dari H, ambil masa hampir 5 tahun untuk aku maafkan dia dan terima dia semula as kawan baik aku. H tahu aku pernah bercinta dengan somebody tapi aku tak rasa dia tahu perhubungan yang bagaimana telah aku dan somebody lalui dan aku tak pernah cerita pun hubungan kami.
adakala untuk menyedapkan hati sendiri, aku nak je kata pada H yang aku dah sentuh somebody dulu dari dia. tapi aku jaga maruah somebody.. aku juga hormat H. jadi aku kunci mulut aku.
aku tutup hati aku pada mereka.
selepas bertahun, aku rasa kehilangan.. kehilangan bodygurd aku.. aku sunyi..
jadi bila dia seperti biasa update pasal geng2 bodyguard lain pada aku.. aku terbuka untuk reply text dia selepas hampir 5 tahun.
aku terima dia semula dan juga somebody as a friend.
H selalu perli aku bila ada cerita kuch2 hota hai.. dia kata macam aku je anjali tu. merajuk tak tentu pasal dan aku malas nak layan. sampai sekarang,
cinta aku pada somebody hanya kenangan
dan aku sudah boleh terima semua tu
aku berdepan dengan dia tanpa ada rasa perasaan lagi
aku juga pergi kenduri kawin diorang even masa tu aku masih belum maafkan H
perasaan somebody aku tak pernah tahu bila dia berdepan dengan aku tapi dia juga nampak tak kekok.
dia juga mungkin dah buang rasa tu bertahun yang lalu.
:: The heart sees what is invisible to the eyes ::
0 bacteria:
Post a Comment