Keseorangan di sana...
Masa kamu lahir, Abg R teman abah register nama kamu
Rumah ni pun dia ada tolong buatkan masa tinggal dengan kita dulu masa dia bujang
Ketika kakak aku excidents teruk, Abg R orang pertama ummi call minta tolong tengokkan dulu sebabnya keluarga kami tak ada kereta masa tu. jauh nak tengok akak masa tu.
Masa kakak dapat belajar di UPM, keluarga kami tumpang di rumah dia ketika itu.
Banyak lagi kebaikan dia yang kami akan ingat
Hidup keluarga tak sesenang mana pun.
Dia hanya pekerja kilang tapi sangat murah hati dan baik dengan tetamu yang datang
Selesa berborak dan bergaul dengannya.
Dia sepupu sulung sebelah abah
Dah berumur pun.. baru je dia dapat cucu
2 tahun lepas last aku jumpa dia ketika kenduri kawin sepupu kami.
Terkejut tengok dia yang dah beruban dan nampak tuanya sejak dah berhenti kerja
Penyakit kencing manis dia pun makin teruk.
Baru-baru ni dalam group saudara, adik dia inform yang dia positif covid sekeluarga tapi condiation dia agak teruk dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh
Tak lama selepas itu info yang kami dapat menghancurkan hati kami.
Di telah pergi meninggalkan kami selamanya
Pergi seorang diri tanpa siapa dapat melihatnya.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman kerana dia seorang yang baik hati dan tak pernah menyakitkan hati kami.
Covid telah ambil sepupu kami yang baik hati..
Kami kehilangan abang yang kami sayang.
Ya dia umpama abang kami.
:: Mati bukan masalah, hidup yang jadi persoalan ::
0 bacteria:
Post a Comment