15 March 2022

Dua kosong dua dua

cerita pertama dalam tahun 2022
dah bulan ke 3 tahun ni. ada pelbagai cerita berlaku dalam hidup aku
ada suka ada duka

keluarga..
peningkatan usia setiap orang membawa kematangan dan pelbagai masalah kesihatan
baru-baru ini aku lihat rambut ummi dah hampir keseluruhan berwarna putih
tanpda sedar, air mata ini bergenang
berapa lama lagi masa yang ada untuk dan dia bersama
aku takut memikirkan usianya yang semakin meningkat
aku takut kehilangannya 
masalah kesihatannya juga makin merosot terutama sejak kena covid
dia cepat letih.. kerap batuk..kaki selalu kebas dan kejang
kulitnya yang semakin kendur, menyedihkan aku kerana aku tahu dia semakin tua
aku cuma mohon Allah berikan kesihatan yang baik untuknya
aku masih mahu berbakti kepadanya
aku masih mahu banggakan dia
lindungi dia Ya Allah.. Lindungi ibuku dan ayahku

cinta..
aku jarang berjumpa kamu namun aku bersyukur masih ada kisah yang mampu kita cipta
masih ada sayang yang mampu aku luahkan
masih ada cinta untuk aku nyatakan padamu
dan rindu yang tak pernah hilang
aku cintakan kamu dari dulu hingga kini
walau aku tak mampu miliki kamu tapi aku berikan cinta dan rindu aku pada kamu
aku berikan perasaan aku padamu

kawan..
makin bertambah usia, makin kurang kawan yang aku ada di sisi
namun, bersyukur dengan yang ada kini
masih setia seperti dulu
aku tak perlukan beribu kawan, cukup ada beberapa sahabat sahaja
masih boleh bercerita itu ini, masih boleh berkongsi idea dan gurauan

hidup..
aku tak tahu hidup aku bagaimana akan datang
aku cuba ikut the flow tanpa create masalah
adakala aku letih dengan hidup aku sekarang
aku cuba kuat menghadapinya
walau aku tahu, banyak senyuman aku hilang 
walau aku tahu, aku letih mental dan emosi
tapi aku cuba kuatkan diri untuk teruskan hidup seperti biasa
aku rindu aku yang dahulu

:: Selagi hidup bersama masa, 
maka selagi itu juga yang hidup itu 
dewasa bersama usia ::

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP