29 July 2022

Kematian

semakin usia meningkat, semakin banyak kematian kena hadap

seorang demi seorang yang aku kenal pergi tinggalkan aku
dan aku takut nak hadap semua tu berkali-kali

kesakitan akibat rindu pada orang yang telah tiada sangat perit
sakit rindu aku yang paling dalam adalah pada nenek aku yang aku panggil mak
sampai sekarang aku rasa sunyi kehilangan dia
dah 13 tahun dia pergi tapi masih rasa sangat baru bagi aku
atok yang aku panggil ayah juga telah pergi 2 tahun yang lalu tapi tak sesakit kehilangan nenek
tak tahu la kenapa. mungkin kerana dia adalah kematian pertama dalam keluarga aku yang aku hadap.
kematian pertama yang menyakitkan. rasa rindu yang teramat sangat padanya.

namun semasa dia terlantar sakit, sangat mudah uruskan dia. 
dia tak macam orang tua lain yang akan maki hamun, mengamuk dan macam-macam bahasa akan keluar bila sakit.
mak tak macam tu. dia memang seorang yang tak banyak cakap dari muda.
dia pembersih. sehingga dia sakit pun dia masih pentingkan kebersihan.
sebab orang kata masa muda, jaga percakapan kita. jangan biasakan sebut perkataan tak elok nanti terbawa masa tengah sakit/nazak.

baru-baru ni aku kehilangan makcik.
makcik yang baik. dia ada 2 orang anak sebelum ni.
tapi beberapa tahun lalu anak dia meninggal dunia. 
anak bongsu meninggal tahun lepas sebab covid.
jadi dia anggap dia tinggal sorang-sorang. suami dia dah lama meninggal tapi dia ada kawin baru dengan seorang duda dan dia bermadu. 
lama makcik ni menanggung rindu pada anak dia.
setiap kali kami jumpa dia akan menangis cerita pasal anak dia.
dia hidup menanggung rindu. jadi ketika dia pergi secara mengejut baru-baru ini,
kami beranggapan dia pergi kerana hendak bersama anak dia.
sekurang-kurangnya rindu dia telah terbalas. 
kerana itu aku kata sakitnya derita rindu ni boleh membawa sampai kemati.

semalam pula, mak mertua kakak aku meninggal.
sakit tua dan adakala meracau kerana ada gangguan.
kakak aku selalu cerita, dia bukan menantu yang disayangi,
mak mertua dia selalu kata dia malas cari duit dan sebagainya.
tapi bagi keluarga kami, kakak aku tu adalah orang yang paling rajin antara kami.
jadi sehari sebelum mak mertua kakak aku meninggal, orang tua tu sempat meminta maaf pada kakak aku. dia kata kakak aku menantu yang terbaik. yang bagus tak banyak bunyi. 
dia juga pesan, suruh kakak aku khatamkan dia al-quran dalam temph 100 hari selepas dia meninggal kerana katanya, anak-anak dia tak boleh harap. diorang kurang pendidikan agama. ramai tak boleh membaca al-quran jadi dia hanya berharap pada kakak aku. terkedu kakak aku dengar. 
pada hari tu juga, dia potong kuku dia sendiri, dia terberak dengan banyaknya akibatnya kakak aku terpaksa cuci segala kain batik dia pakai dan tilam2 untuk bersihkan semua tu. bila awal pagi semalam, mak mertua dia meninggal, kakak aku menangis hingga tak mampu nak dekati jenazah sebab teringat segala pesanan dia. kakak aku ikhlas akan khatamkan al-quran untuk dia dalam tempah 100 hari ni. 

ada banyak cara Allah tunjuk ketika nak meninggal.
ada banyak cara kita akan mati.
walau sedar semua akan mati suatu hari nanti namun aku tetap belum bersedia menghadapi kematian orang-orang tersayang terutama ummi dan abah serta adik beradik yang aku sayang.

tak tahu macam mana aku nak hadap nanti.
aku tak rasa akan ada orang bersedia menghadapi kematian orang yang dia sayangi...



0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP