14 April 2009

peluang..doa..cinta



Hidup ini bukan hanya ada satu peluang. Allah sentiasa dan akan memberikan kita peluang. Selagi mana kita percaya dan berbaik sangka dengan Allah. Malah terkadang dalam peluang itu ada lagi peluang yang lain. Cuma sahaja manusia yang terlalu memilih peluang. 
Untuk kebanyakan waktu, bukan manusia yang memilih peluang tetapi peluang yang memilih manusia. Sekiranya nanti apabila kita sudah dewasa dan mula berasa tidak punyai peluang untuk dicintai, peluang untuk disayangi, teruskan hidup dengan senyuman. Teruskan berdoa.

Kerana doa itu adalah peluang yang di dalam ada sejuta peluang. Hidup itu juga adalah peluang yang di dalamnya ada sejuta lagi peluang. Sekiranya tidak ada peluang dicintai, disayangi, ia adalah peluang untuk kita menyayangi diri kita, menyayangi keluarga dan utama menyayangi Allah serta peluang untuk kita disayangi Allah. Selagi mana kita terus mengambil peluang untuk berdoa dan peluang untuk hidup baik-baik. 

Sekiranya nanti kita seolah tidak punya peluang dicintai, jangan terus terburu-buru memilih cinta. Cinta itu bukan maksudnya terburu-buru, cinta adalah hati, berhati-hati. Cinta juga tidak bermaksud putus asa, cinta adalah harapan. Jadi, gunakan peluang yang ada bagi terus berdoa, bagi terus hidup kerana itu adalah peluang yang di dalamnya ada jutaan peluang..

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP