warkah dari dia
penat dan lelah kita berlari untuk hidup..
bertahan disetiap dahan yang rapuh dan kita tetap bertahan disitu..
berpaut agar kita tetap tegak..
tapi sekarang kita tak perlukan dahan-dahan rapuh ini lagi..
kita dah cukup kuat untuk berjalan malah berlari dengan kaki sendiri..
terima kasih atas kasih dan sayangmu..
menjaga dan sentiasa melenakan tidurku..
menghilangkan igauan ngeri yang sering menghantui..
kadang-kadang ia tetap datang menghantui membuat aku ingin lari lagi..
kesakitan itu masih terasa perit nya masih belum hilang..
tapi jangan risau aku tahu kau pasti tahu masih dan akan tetap bertahan meneruskan hidup ini
kejam mana pun dunia ini aku dah tahu
berlari aku tetap akan jatuh
berdiri pun aku tetap akan jatuh
macam mana pun aku tahu aku tetap perlu bergerak
sakit itu pasti akan ada penawar hanya dengan menerima supaya ia tidak terlalu menghantui
tapi klau ku mampu padamkan semua memori ini aku ingin...ia terlalu mengganggu
mengganggu jiwaku..sakitnya buat aku tak sanggup nak bergerak walaupun sesaat
aku takut sangat nak bergerak aku takut sakitnya makin terasa peritnya makin menghiris jiwa
bagaimana harusku tahu sakit ini akan berkurangan luka-luka ini akan sembuh
adakah hari-hari depan lebih terang sinarnya
kuatkah aku seperti sekarang walaupun rapuh itu hanya dihujung sana
bertahankah aku lagi kala aku ditinggalkan buat kesian kalinya
semoga hidup ini makin baik dan sempurna..
biar masa merawat segalanya...biar kita melangkah setapak demi setapak..
biar segala luka ini sembuh tanpa kesan..
biar hidup kita temui sinarnya kembali buat kita seceria diri kita seriang jiwa kita
i always love you
i always there for you
take care..
ketika aku trima surat ne, aku rs dia dah bersedia utk lpskan aku dan mungkin dia telah jumpa seseorang yang boleh membahagiakan dia. sedih..ya aku sedih.. tipu jika aku kata aku xsedih langsung tp mmg ini yg aku inginkan.. apa pun terima kasih kerana jg saya dan trima saya seadanya sblm ini... semoga temui apa yg di cari.. antara aku dan dia, kita pernah ada satu cerita dan memory yang hanya kita berdua sj yg tahu..

0 bacteria:
Post a Comment