Anak Gunung
Sepanjang jalan di kiri kanan aku hanya ada pokok sawit. sekali sekala ada juga pokok getah dan hutan yang tumbuh meliar. Bukit bukau jelas kelihatan di pelbagai sudut pandangan. Jalan raya yang beralun namun menjadi keselesaan penduduk keluar dan masuk. Dicelah-celah kelapa sawit kelihatan pokok durian yang gagah berdiri di samping pokok2 pisang yang mula naik di tepi2 jalan. Sesekali terdapat anak sungai yang jelas kelihatan airnya agak keroh.
Masuk saja di persimpangan kampung aku, dari jauh dah terpampang perkampungan felda yang semakin membangun. Rumah berlawan besar. Bumbung berlawan tinggi. bendera biru dan hijau memenuhi kiri kanan jalan. Aku rindu tempat ini. Ada ketenangan yang datang tanpa aku sedari. Ada kenangan yang terimbas tanpa di minta. Ada senyuman terukir tanpa paksaan.
16 Tahun yang lalu...
Aku bosan dengan tempat ne. Tak ada hiburan. Tak ada makanan best. Jauh dari kota, jauh dari kfc, wayang, bowling.. Aku mahu tgglkan tempat ne bila aku besar nanti. Aku nak jadi orang kota. Orang yang serba tahu informasi terkini dan teknologi.
Bila kakak aku blk dari universiti, slalu dia cerita hidup di kota. Aku pernah tanya dia, ada tak burger yang besar mcm pinggan ne dan dia kata ada. Jadi bila dia blk bulan dpnnya dia belikan aku burger king. wlupun xcukup besar mcm pinggan rumah aku tu tp aku cukup teruja dan bg aku mmg cukup besar. Bila dia tny apa aku nak dari kl nanti, aku dgn lantang bersuara nak roller blade. Boleh aku main eksyen dgn kawan-kawan nanti. Jadi bila aku dpt, aku main tanpa rasa takut. Jatuh aku bgn semula smp aku agak pandai mengawal roller blade.
Pada tahun 2000, impian aku nak keluar dari kampung ne jadi kenyataan. Sikit pun tak ada rasa sedih atau takut nak tgllkan semua ne sebaliknya cukup gembira dan puas. Jauh aku tercampak di bandar utara. Pemandangan yang jauh berbeza dari tempat aku lahir dan membesar. Aku kagum dan suka dengan semua ne. Tapi aku xpernah lupa asal tempat aku datang.
Tahun 2002, aku melangkah pula ke selatan tanah air. Bandar yang lagi besar dan penuh dugaan bagi remaja yang baru nak dewasa macam aku. Kadang kala aku memang hanyut dengan duniawi. Alpa dengan teknologi dan sosial hidup.
2006, Aku menjadi penghuni kota metropolitan Malaysia. Siang malam aku bekerja mencari rezeki yang ada. Bila bosan melanda diri, wayang menjadi penghibur. Pusat karoke menjadi hiburan, shopping kompleks tempat bersantai dan melepak tapi aku tetap rs kekurangan. Pada hal, ini yang aku inginkan masa lalu. Semua aku dapat dan aku lalui tp.. knp aku rs masih belum cukup?!
Kini..
Aku sedar apa yang kurang..apa yang tak cukup. Sebenarnya aku merindui masa lalu di kampung yang sunyi, tenang, kosong tanpa hiburan dunia. Yang ada gelak ketawa bdk2 bermain layang-layang, guli, mandi sungai, panjat pokok rambutan.. sungguh indah sebenarnya bila ingat blk.
Anak sungai di ladang sawit yang kini keroh dulunya pernah menjadi hiburan aku ketika lari dari hukuman ummi. Di situ aku pernah mandi sungai dengan abah dan k.cik. Pernah mancing ikan ketika abah sibuk mengait sawit. Airnya dulu jernih dan bersih. Tak perlu pergi desa water park atau sunway lagoon tapi dah cukup buat aku happy dan ingat spjg hidup aku.
Angin pagi yang menyejukkan dengan kabus pagi yang melitupi bukit-bukit di pergunungan kampung aku memang mendamaikan. Kicauan burung dan ayam yang riuh berkokok lebih melegakan halwa telinga berbanding deruman dan hon kenderaan di kota.
Kalau dulu aku nak tinggalkan tempat ne sebab aku rasa kosong dan sepi tapi kini, bila aku jauh merantau berdikari di luar, kosong dan sepi itulah yang aku cari dan aku inginkan. Udara sini.. angin di sini.. kehijauan di sini.. Aku lebih suka rumput dan pokok yang menghijau yang mampu buat aku tersenyum berbanding laut kerana aku anak gunung. Ya. aku sayang tempat ini. Aku bangga lahir dan membesar di sini. Aku bangga menjadi ank felda di gunung ini.
Terima Ya Allah kerana masih beri kesempatan pada aku untuk menyedari keagungan dan keindahanMu.
:: We make a living by what we get but we make a life by what we give ::

0 bacteria:
Post a Comment