Spy
"pada hari yang barakah ini, sayunya hatiku pabila terdengar rintihan doa ummiku. mendoakan satu persatu anak2nya dari yang pertama hingga terakhir. setiap doanya penuh dengan kesungguhan.
tangisan diwajahku bkn tangisan kesedihan tetapi tangisan kesayuan yg menyayat qalbi pabila mendengar doa2 beliau dan di sini jelaslah .. KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA..!"
terkedu aku bc kata2 tu yang dtgnya dr penulisan adik aku. bukan bergenang air mata ne dah terus laju turun mcm air paip. ye adik adalah perantara kami krn dia sj yg ada dkt dgn ummi dan abh klu jd apa2. dia membesar dpn abh dan ummi.
Along dibesarkan oleh nenek dari lahir. Smp tingkatan 4, along dpt belajar di asrama penuh di sebuah bandar P. kemudian msk universiti. Mmg xmembesar dgn ummi dan abh.
Angah msk asrama sejak tingkatan 1 smp tingkatan 5 di bandar T. Lepas tu angah smbg sijil dan seterusnya kerja.
K.cik juga masuk asrama penuh dari tingkatan 1 smp tingkatan 5 di bandar I kemudian smbg belajar di universiti dan akhirnya kerja.
Aku mula masuk asrama dari tingkatan 4 hingga 5 di bandar S kemudian smbg belajar then kerja.
Adik lelaki juga masuk asrama tingkatan 4 dan 5 di bandar S tapi berlainan negeri. kemudiaan smbg belajar dan akhirnya kerja xjauh dari tmpt aku.
Adik perempuan yg bongsu ne satunya2 xpernah ddk asrama dan dia mmg terkilan gak dulu tp sbb kawan2 dia pun ada yg xnak keluar jd dia sentiasa ada membesar di sisi abh dan ummi jd dia tahu segala perjalanan abh dan ummi.
Sedangkan kami byk abiskan ms di asrama berbanding di rumah. harapkan cuti sekolah dan cuti sem jer. Jadi adik adalah spy kami.
:: Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidiku semasa kecil ::
0 bacteria:
Post a Comment