Ummi Rules - Masak Nasi
Kakak2 aku tinggal di asrama semasa aku masih kecil.
Jadi aku telah diajar membuat kerja rumah bagi meringankan beban abah dan ummi.
Bila ummi ikut abah ke ladang, aku ditugaskan menjaga 2 orang adik aku yang masih kecil dan juga memasak. Sebabnya diorg akan balik dalam 11 lebih atau 12 tengah hari. Paling koman pun aku perlu masak nasi.
Aku diajar masak nasi menggunakan dapur gas maksudnya masak secara manual bukan menggunakan paeriuk nasi elektrik.
Cara sukatan dan juga berapa pot nasi diajar dengan betul.
Bila nasi perlu dikacau, bila perlu dibuka dan tutup semula tudung periuk, kawalan api dan juga masa yang diperlukan untuk mengeringkan nasi sebelum ditutup apinya. Aku diajar macam dah tertulis dalam buku panduan memasak nasi oleh ummi.
Sekali sekala diselitkan juga petua nasi tahan lama, berbau harum atau sebagainya. Banyak bende aku perlu belajar even hanya untuk memasak nasi sahaja.
Aku lebih suka ke ladang dari buat kerja rumah. Selalunya aku kan pjuk ummi jer duduk rumah dan aku rela ke ladang yang kotor dan semak dengan abah. Aku letih dengan rules uumi tu tapi rules tu juga la aku ikut sampai sekarang. Macam ummi dah jampi rules dia tu kene ikut sampai bila2.
0 bacteria:
Post a Comment