Ummi Rules - Potong Sayur
Aku mula belajar memask dari umur 9 tahun lagi.
Ummi akan suruh aku ke dapur bila jam menunjukkan 10am.
Ya, ummi memang ada timing untuk semua bende yang dilakukan.
Sebab itu aku tak boleh hidup tanpa jam.
Tugas pertama aku masa ke dapur adalah potong sayur.
Dia akan ajar cara potong setiap jenis sayur dan potongan mestilah mengikut masakan.
Even nak potong bawang pun ada rules. Tebal, nipis, melintang, menegak sume kene betul.
Jadi bila aku nak potong bawang kene tanya ummi nak potong yang macam mana. Sampai sekarang pun dia akan bagitau masak jenis sekian..sekian.. potong yang macam ne.
Cara senang mungkin dia nak ajar anak-anak dia dengan maklumat yang detail.
Aku diajar menggunakan 2 ulas bawang kecil dan 2 ulas bawang putih untuk setiap masakan.
Akibatnya sampai sekarang aku akan guna rules tu untuk hidangan dalam 3 atau 4 orang.
Batang dan daun sayur perlu diasingkan supaya batang perlu dimasukkan dahulu. Batang keras dari daun. Sampai macam tu detail aku diajar dulu.
Bawang perlu dihiris dengan nipis bagi sayur dan apa jua yang perlu dipotong. Ada orang pernah tegur aku kerana rajin memotong bawang dengan nipis. Sebenarnya kerana rules tersebut buat aku jadi macam tu. Bukan sebab rajin tapi dah terbiasa. Memang kuat penangan semua rules yang ummi ajar pada aku dan adik beradik aku. Sampai besar kami terikut rules tu.
Memotong sayur, bawang, kentang dan sebagainya bukan boleh dipotong macam tu sahaja. Semuanya perlu ada kemahiran. Aku tidak diajar hentam keromo jer nak buat sesuatu bende. Mungkin ada yang kata cerewet tapi bende ne buat aku cepat belajar ketika aku berdikari sendiri.
Aku selalu lihat betapa terkial2nya kawan aku bila nak memasak. Potong suka hati, tak tau nak bajet bawang atau bahan untuk dimasukkan. Kalau dulu aku merungut dengan semua tu tapi kini aku bangga belajar semua tu dari kecil. Ummi memang seorang guru yang bagus untuk anak2 dia. Memang pandai mengajar dan mengatur peraturan rumah dalam kehidupan.
:: by the time you learn the rules of life, you're too old to play the game ::
0 bacteria:
Post a Comment