Ummi Rules - Petua
Seingat aku, dari kecik ummi cukup jaga penampilan dan kebersihan termasukla kesihatan.
Sebab tu byk pantang larang kami kene ikut terutama pemakanan.
Santan..
K.cik kata, rambut aku dulu perang dan halus.
Tapi ummi tak suka rambut kami perang jd dari kecik smp sekolah rendah rambut aku kene lumur dengan santan. Ummi masih terikut fesyen dulu-dulu yang kononnya klu rambut kerinting tu la cantik. Dia akan berusaha kerintingkan rambut aku. 2 minggu sekali or paling koman sebulan sekali kene basuh rambut dengan santan. Bagi hitam berkilat dan lebat katanya. Aku xsuka pun tapi aku bukan jenis suka membantah sgt. Bila aku darjah 4, aku mula protes xnak buat semua tu. Akibatnya mmg rambut aku xjadi kaler perang dah. hitam dan berminyak.
Limau
2 bulan sekali aku kene mandi limau. Bukan nak buang bende2 xelok tapi untuk kecantikan dan bau wangi katanya. Dia akan bekalkan aku limau kasturi dan terpaksa la cuci satu badan dengan limau. Siap ada kelas cara mandi limau lagi ummi ajar sebelum aku buat sendiri. Kuku, muka, ketiak.. tu bende wajib kene sental dengan limau. Bila naik mandi mmg wangi la jawabnya.
Celak dan minyak rambut
Aku kene paksa pakai celak smp darjah 2. Tu pun aku dah protes xnak pakai. Celak mekah yg hitam tu.
Pegi sekolah dengan celak di mata, rambut hitam berkilat sebab ummi xsuka tgk rambut kering dan perang.
Bedak sejuk
Bedak sejuk mmg sentiasa ada kat rumah aku. Tak pernah beli pun. Buat sendiri je. Aku la yang mangsa menitik bedak sejuk tu selalunya. Ini Aku pakai Sampai tadika je rasanya. menempek la bedak sejuk kat muka masa kecik2 dulu. Bagi sejuk dan kulit halus katanya.
Telur separuh masak dan susu
Sebelum aku ke sekolah ummi akan sediakan makanan dan wajib aku kene makan dulu. Susu memang minuman dari kecil kene aku ambil dan smp sekarang aku suka. Telur separuh masak hanya dibenarkan makan telur ayam kampung dan aku tidak di ajar makan dengan kicap atau lada sulah. Sebab tu aku hanya boleh makan macam tu je. Ini memang aku suka.
Madu
Bila dah besar ne, ummi memang jaga kesihatan aku. Setiap anak dia akan dibekalkan madu original yang di beli dari org kampung aku juga. Biasanya aku akan minum 1 sudu sehari tanpa campuran apa2. Tapi ikut mood aku juga nak amalkan pun. Cuma stok madu xpernah habis la slalunya.
Minyak Zaitun
Aku start amalkan minyak zaitun ne bila senggugut aku teruk. Ummi jumpa seorg ustazah ne dan dia suruh aku amalkan minum minyak zaitun 1 sudu sehari. Terpaksa la aku telan minyak tu. Memula mmg rs weird sbb minyakkan tapi lama2 ok la. Sampai sekrang aku amalkan sebabnya aku perasan lps aku minum minyak ne, gastrik aku terus xde. Klu lmbt mkn mcmn pun, perut xskt dan pedih. Setakat rs angin berputar2 tu je la tp alhamdulillah mmg bgs perut aku. Selain minum, aku juga kadang sapu kat kulit. Terutama bahagian kering dan ruam2.
Rasanya dalam adik beradik, aku sorang yang paling banyak kene ikut petua ummi ne. Yang mana aku rasa ok, aku amalkan je sampai sekarang. Yang leceh2 memang jadi kenangan je la.
:: Otak beku hati cair ::
0 bacteria:
Post a Comment