SENtimental Ringgit
Ummi slalu kata dulu brg ble bli dgn harga 1 sen je.
Kudap2 slalunya 1 sen. Kuantiti yang besar dan byk.
Aku ckp, klu mcmtu coolz dah kaya time tu.
beza btl duit dulu dgn sekarang.
Itu cerita 20thn yang lalu.
Sekarang aku tgk bdk2 pegi sekolah dengan dibekalkan RM5 setiap hari.
Nampak sgt sekarang dah naik harga berganda.
Sekitar aku darjah 1 - 6, abah cuma bagi aku duit poket 30sen untuk di sekolah agama dan 40sen or 50sen di sekolah kebangsaan. Bermakna hanya lebih kurang RM1 sehari.
Nampak nilai tu kecil bukan tapi aku masih mampu menabung time tu.
Tapi dengan duit 30sen tu aku mampu beli laksa makcik gemuk di sekolah agama dengan harga 20sen.
Sedap dan banyak plak tu. lagi 10sen slalunya aku beli ais krim malaysia atau sagon. Air aku bawa dari rumah je.
Setiap Isnin di kampung aku akan ada pekan (pasar petang). Time tu la nak beli kudap2 yang beranika jenis. Kalau abh bagi RM2 tu dah kira bertuah sgt dah tu. Macam2 kudapan ble dpt. Kalau nak beli Jojo memang fikir banyak kali la sebab sekotak Jojo RM2. Mahal sgt rs time tu tp kadang2 keinginan nak mainan dalam tu meluap2. Tak dapat beli Jojo atau Tora beli Dendang pun jadilah.
Aku dah rasa apa yang ummi rasa bila dia kata beli ais krim dengan 1sen. Pada aku time ne 1sen tu xde nilai. Zaman aku kecil pula aku beli dengan harga 10sen tapi budak sekarang pandang xde nilai pun 10sen tu sebab ais krim diorg dah harga RM1.
Apa yang orang tua kita lalui kita akan lalui juga cuma dalam keadaan yang berbeza tp mempunyai sejarah, dan maksud yang sama.
:: Lihat pada apa yang ada barulah kita BERSYUKUR,
jangan dikenang apa yang tiada nanti kita KUFUR ::
0 bacteria:
Post a Comment