10 April 2014

Secubit Lauk, Sepinggan Kasih

Adik beradik aku xla ramai sgt. 6 org je. 
Tolak k.long sbb arwah mak jaga jd 5 org je kami. 

Dulu mmg hidup agak susah. 
Ummi citer lps kawin ngan abh dan dapat k.long diorg pindah umh. 
Tak duduk rumah arwah mak dah. 

Kehidupan lepas pindah rumah agak tragis. Setahun lepas k.long lahir, k.ngah plak lahir diikuti dengan k.cik setahun kemudian. 

Rumah dulu2 hanya berdindingkan papan. Itupun abah kutip dari bahan terbuang. Jadi bila ada papan yang patah, xmampu nak ganti beli baru. Abah akan tampal dengan guni ditutup pulak dengan plastik beras supaya air xmasuk. Itu ummi kata pada aku sblm diorg berpjndah ke felda. 

Walaupun hidup dalam miskin harta benda tapi makanan sentiasa ada. Almaklumlah hidup di kampung. Ikan hanya perlu menjala di sungai. Sayuran ambil di sekitar rumah. Kalau nak makan daging abah boleh menjerat burung. Ayam ada bela sendiri. 

Tapi bila abah masuk rancangan felda, hidup jadi teratur cuma makanan semua kene beli kebanyakannya. Aku lahir xlama lepas family masuk felda. Jadi aku anak felda pertama dalam keluarga. Dari sungai dan bendang pindah ke kawasan pergunungan dan hutan. Akibatnya nak makan ikan/lauk kene berjimat. 

Kami diajar dari kecil hidup berjimat dan besederhana. Lauk yang dimakan selalunya akan dicatu agar semua dapat rasa kerana kuantiti yang sikit. Seekor ikan walau sekecil mana pun akan di bahagi 2. Anak2 slalunya akan dpt bahagian ekor. Seketul ayam yang kecil boleh dimakan dengan sepinggan nasi. Kami xpernah diajar makan seekor ikan untuk sepinggan nasi. 

Sampai aku besar pun aku xpandai makan dengan lauk yang banyak. Cukup sekadar sepotong ikan dan satu telur goreng. Dah memadai untuk dimakan dengan sepinggan nasi. 

Secubit lauk yang diberi tapi rasa penuh dengan sepinggan kasih yang diperolehi dari abah dan ummi. Kami xpernah rasa kebuluran sepanjang membesar. Sentiasa kenyang dengan secubit lauk dari kasih sayang yang mereka beri.

:: Mengabdikan diri dahulu barulah meminta padaNya ::

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP