Wasiat
Semasa kemas barang2 k.cik dulu aku terjumpa satu surat yang menarik perhatian aku. Aku buka dan baca hingga habis.
Terus jantung aku berdegup laju.
Fikiran aku jadi celaru.
Emosi terus tak stabil.
Satu persoalan bermain dalam fikiran aku.
Dia sakit ke? Sakit apa? Bila? Teruk sangat ke?
Itu expresi pertama aku bila terbaca satu surat wasiat. Dulu aku sangka kalau ada surat wasiat tu sebab nak mati je. Pengaruh drama melayu betul. Sedangkan itu perkara biasa dalam kerjaya.
Sekarang aku sendiri ada isi borang2 yang memerlukan harta akan jatuh pada siapa jika apa2 terjadi pada kita. Itu normal. Aku je rs xnormal time tu. Mujur la aku tak tanya kakak aku time tu. Kalau tak, kompem dibantai gelaknya pada aku.
Penting sebenarnya untuk kita tinggalkan pesanan pada orang2 yang kita percaya. Mungkin tak sempat untuk kita beritahu padanya atau tinggalkan sesuatu padanya.
Jadi pada orang2 yang sentiasa aku ingat, ketahuilah aku syg kamu semua.
Dan pada kamu. Ye hanya kamu.
Aku cinta kamu selamanya.
:: Sometimes Later Become Never ::
0 bacteria:
Post a Comment