Nama Seorang Ibu
semasa arwah mak dikebumikan, aku turut serta berada di tanah perkuburan.
dari mula smp la habis aku tunggu.
semasa bacaan talkin hendak dimulakan, ustaz disitu tanya siapa nama mak kepada arwah.
masing2 terdiam. aku xpernah ambil tahu siapa nama moyang aku dulu.
semua tercari2 namun tiada sape yang tahu.
dalam kelam kabut tu mujur la abang tiri mak ada dtg skali.
dia la yang bagitau nama moyang aku merangkap mak kepada arwah mak kerana mak adalah nenek aku.
perasaan lega bertamu. terima kasih Ya Allah kerana memudahkan urusan pengkebumian.
beransur pulang dari tanah perkuburan buat aku terfikir betapa pentingnya untuk kita tahu siapa nama mak kita, moyang kita dan kita xsemestinya perlu ambil tahu nama lelaki yang di bin atau di bte kan sahaja.
betapa agungnya darjat seorang perempuan yang melahirkan seseorang kerana ketika talkin akan dibaca dia akan berbintikan nama seorang ibu. bukan nama seorang ayah.
Mak..
Coolz rindu mak.
rindu sgt mak.
mak tahu x, mak dah bertambah cucu dan cicit.
mak tau x ayah tengah sakit skrg.
keadaan ayah xsecergas dulu.
pendengaran ayah dah xberapa dengar.
dia juga jadi seorang yang pendiam.
xmcm ayah yang coolz kenal dulu.. selalu bertekak dengan cucu2 dia.
selalu bercerita kisah2 dongeng..
Mak..
semua kenangan dulu terlalu dirindui..
kami xpernah lupa mak
selalu bercerita masakan yang mak selalu buat
selalu bercerita tentang mak
kisah yang xpernah padam
Mak..
semoga Ramadhan kali ini memberi ketenangan kepada mak di sana.
syg mak..
dr cucu no.4 mak
:: U maybe out of my sight but never out of my mind ::
0 bacteria:
Post a Comment