22 July 2014

Tanah Tumpah Air ku

MH17 : BILA AKU MENDONGAK KE LANGIT DAN SENYUM LALU KAU KETAWAKAN AKU...NESCAYA KAU AKAN KU LEMPANG KUAT-KUAT!
Beberapa minggu di perantauan untuk urusan kerja jangkapendek cukup lama juga untuk buat kita rindu bau tanah dan udara Malaysia. Biarlah jerebu mahupun berbau, tanah ini tanah aku. Dari baju kulit kambing bertukar baju t-shirt senipis "Pagoda" pun rasa macam nak buka juga panasnya Malaysia ni tapi ini tanah aku...panas-panaspun aku suka.
13 Jam terbang dari O'hare Chicago sampai ke Hong Kong menaiki pesawat penerbangan jenama Amerika cukup membosankan. Tetapi sejurus bertukar ke MH...semuanya terasa seperti di rumah sendiri. Disambut dengan senyuman pramugari dan pramugara yang menyapa
"Apa khabar encik" (Woww...cakap Melayu...dah 2 minggu tak dengar orang cakap Melayu"
Ditambah pula dengan tray di hadapan penyambung antara aerobridge dan pesawat ada terhidang Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa suratkhabar yang sangat familiar rupanya. Kucapai juga walaupun jika di Malaysia, tak pernah kubeli dan kubaca suratkhabat itu kecuali muka aku masuk dalam rencananya (barulah nampak aku borong sampai 10 naskah untuk diedar bagi pada orang kampung termasuk Pak Bilal yang meroyan tak dapat bermenantukan aku...dulu eksyen).
Duduk sahaja dalam pesawat, dah mula rasa macam di Malaysia. Sedangkan masih jauh lagi. Juruterbang pesawat membuat pengumuman dalam Bahasa Melayu, pramugari berbahasa Melayu, Ahbeng dan Ahseng yang bercakap dalam telefon menggunakan Bahasa Manglish (The one with "...Maaa" and "...mehh" in the end of many sentences) tak dilupa Makcik-makcik yang baru balik shopping di Harbour Front sambil membanding-banding cincin siapa lagi mahal...tapi masih dua-dua sama dengan aku duduk kelas Ekonomi (mungkin low-profile).
Dalam movie playlist pula ada cerita-cerita Melayu hasilan David Teoh yang sumpah aku tak panjat wayang kalau nak tengok tapi aku layan juga pasal dalam penerbangan itu dah rindu yang "melayu-melayu" maka cerita Melayu kelas ke-3 pun dilayankan juga. Dalam hati...kelakar juga sambil-sambil membuat kritikan ala Hassan Mutallib pada setiap plot dan sinematografinya.
Pernah dahulu terbang dari Saudi untuk pulang ke Malaysia, dihadiahkan pula dengan 3 dozen kacang Malaysia Airlines oleh seorang pramugara yang meminati karya fotografi ku. Berkaca mata aku tengok kacang-kacang yang dibungkus dengan tisu dapur (untuk cover jgn orang nampak)...katanya nanti orang lain nampak orang lain pun nak banyak macam tu.
Touch-down sahaja, aku sudah gembira macam sudah sampai ke rumah memeluk anak dan isteri. Alhamdulillah. Selimut MAS (pernahlah sekali), Going Places (setiap kali) dan kalau dulu ada sudu-sudu besi berlogo MAS memang selamat masuk dalam beg sebagai cenderamata. Janganlah gelak, aku tahu korang pun begitu juga (harapnya ini bukan sebab kerugian MAS).
Pernah sekali, sewaktu berada di tengah Kota London ternampak kelibat MH berlegar dalam putaran besar untuk menunggu giliran mendarat di Heathrow lalu aku berhenti serta mendongak ke langit dengan tangan di dada. Pelanggan Inggeris aku bertanya...mengapa kamu mendondak dan tersenyum sendiri?
"Aku sedang melihat...BENDERA NEGARAKU SEDANG DITERBANGKAN di atas langit kamu".
Kutip semula bendera yang jatuh
Kita kibarkannya semula
Walaupun ramai yang mencemuh
Biarkan sahaja mereka kerana mereka tidak pernah mengibarkan jalur gemilang setinggi yang kamu biasa lakukan

:: kredit to Saiful nang :: 

Aku bukanlah seorang yang selalu terbang ke sana sini. 
Aku juga bukanlah pernah tinggal lama di luar negara.
Aku hanya pernah pergi sekejap saja sekadar bercuti di luar Malaysia.
Itu pun yang berdekatan Malaysia namun aku rasa apa yang dia rasa.
Bergenang juga air mata ne baca nukilan dia.
Betul2 masuk dalam hati ne.
 
Betul org kata, memang lain bila kita berada di luar negara.
Rasa bangga dan syukur dengan negara sendiri cukup kuat.
Bila jumpa orang senegara rasa bangga sgt.
Aku tahu, ramai di luar sana yang pernah menetap di luar negara.
Semoga kamu..kamu..kamu ingat negara tanah air kamu.

0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP