Siapa kita??
bila nak kawin?
bila nak dapat anak?
umur berapa?
rasanya soalan mcmtu xperlu sentiasa ditanya
itu hak masing2 dan privasi seseorang
itu juga soalan yang Allah tentukan jodohnya atau rezekinya
mungkin ada kala kita tny dengan nada bergurau
tp pernah ke kita fikir sensitiviti seseorang tu?
pernah ke kita fikir itu bukan kehendaknya kadangkala
klu dia ada jodoh, dah lama dia kawin.
klu dia ada rezeki dah lama dia ada anak.
di sesebuah negara, soalan2 tu dianggap soalan biadap
kerana menceroboh sensitiviti.
kerana soalan2 macamni la ramai yang malas nak bersosial ke majlis keramaian,
ramai yg malas nak jumpa si mulut yang xtau jaga hati org lain.
siapa kita hendak jawab ketentuan Allah?
siapa kita hendak persoal rezeki Allah?
siapa kita??
:: Kita tulis apa yang mahu kita sampaikan
bukan tulis apa yang orang mahukan ::
0 bacteria:
Post a Comment