Syawal
Alhamdulillah dah 30 kali Syawal aku sambut.
Dalam suasana yang berbeza cuma di tempat yang sama.
Bunga api
Aku masih ingat, masa aku kecil, kami adik beradik akan main bunga api bersama2 jiran tetangga.
Yang paling menarik kami akan bakar buah kelapa sawit yang sudah masak kerana buah tersebut akan mengeluarkan minyak. Itulah sumber bahan api kami untuk bermain bunga api.
Memang legend bila ingat balik. Mana ada dah sekarang ne bende2 macam tu.
Mercun kami jarang main sebab xada adik beradik lelaki lagipun ummi dan abh xbagi sangat. Nak beli pun mana ada duit. Nak jimat punya pasal bunga api, siap boleh patah2kan dalam 2cm lps bakar baling atas lantai. Berpusing la bunga api tu. Memang best. Lepas tu bakar surat khabar yang dilipat kembung. Bakar disetiap hujung dan terbanglah paper tu dengan tingginya.
Tapi bila dah besar, xmain sangat bunga api ne sebabnya xtahan asap dan baunya.
Mula la dada ne rasa sempit. Nafas tercungap2. Akibatnya tengok dari jauh je sekarang. Semua dah xtahan asap bunga api tu. semput semuanya.
Jadi sekarang, rumah kami memang xada bunga api atau mercun.
Jiran kiri kanan je yang main.
Soto dan Nasi Impit
Malam raya sibuk buat nasi impit dan sup ayam kampung.
Itu kemestian menjelang raya dalam tradisi kami.
Ketupat memang xbuat sebab semua xberminat ketupat.
Ada alasan kakak aku sebab ketupat berbau lepas tu jalur daun2 tu buat nasi ketupat tu jadi xlawa.
Akibatnya nasi impit la penggantinya. Senang dan cepat.
Seumur hidup aku, xpernah lagi kami buat lemang.
Kami xmkn lemang sgt. Semua xberminat sgt pulut ne.
Bagi orang banjar, kami buat pulut yang dibalut dengan daun pisang sebesar jagung.
Bila dipotong, lebih kurang macam lemang juga rupanya.
Kami panggil Ketupat Pulut Daun Pisang.
Kuah kacang ummi memang terkenal. Sedap.
Itu menu utama kami di pagi raya.
Tradisi Raya
Selepas subuh terus kene siapkan apa yang patut.
Kene mandi kalau boleh sebelum 7.30am sebabnya, kami akan berkumpul makan soto bersama2.
Ini tradisi wajib keluarga kami.
Suasana raya sekarang jauh berbeza dengan sekarang.
Yang pasti aku merindui zaman kanak2 aku.
Duit 20sen yang dapat dari jiran2, amat bermakna.
Cukup tinggi nilainya.
Salam Syawal
0 bacteria:
Post a Comment