Perfume
dah hampir setahun aku cari perfume yang biasa aku pakai
tapi semuanya out of stock
tapi semuanya out of stock
agaknya diorg dah tak keluarkan kot
sedih betul la
18 tahun aku pakai perfume yang sama
masih belum bersedia sebenarnya nak kene tukar perfume lain ni
aku ni dah la jenis setia dengan satu2 barang ni
jadi bila nak kene tukar ni agak susah la nak terima
haritu aku ada jumpa aweq pertama aku dulu
setelah hampir 12 tahun berpisah baru kami berjumpa balik
sebelum kitorg berpisah setelah borak2 biasa la akan hug2 sikit
tetiba dia kata kat aku, "awak masih pakai perfume yang sama ye. bau awak masih sama"
ermm.. tergamam jap aku sebab dia masih ingat
bau setiap benda atau sesuatu tu boleh mengingatkan kita pada seseorang
setiap orang ada bau tersendiri
aweq-aweq sebelum ni pun macam-macam bau ada
ada sorang ni perfume dia memang lain sikit. bau tu agak kuat tapi menyenangkan dan bau tu tak mampu aku lupa
bau tu memang sedap..bau yang selalu buat aku tergoda π
tak tau kenapa
pada hal aku tak minat dia sangat pun
aku pernah cari perfume tu dan aku jumpa
tapi tak ada la aku beli sebab aku tak nak ingat dia pun
kehadiran dia hanya sekadar persinggahan je
tapi ada seseorang yang aku suka dia baring dekat bahu aku dan dalam dakapan aku, bau dia sentiasa menyenangkan dan membahagiakan aku
bau yang mampu buat aku tersenyum
bau yang sukar digambarkan dengan kata-kata
kerana itu aku sentiasa suruh dia baring dekat dengan aku
aku sentiasa berharap dia baring dalam dakapan aku tak kira apa jua keadaan dia
dan aku cukup suka kiss pipi dia
bau yang buat aku jatuh cinta
haishhh..
:: perfume is a story in odors, sometimes a poetry of memory ::
0 bacteria:
Post a Comment