01 November 2020

Perjalanan bukan pelarian

tahun 2020 hampir ke penghujungnya
namun tak banyak tempat aku pergi
tapi banyak yang aku lalui
permulaan tahun yang penuh duka dan kesengsaraan
rasa kehilangan yang tiada pengganti
kerinduan yang tak mampu terucap pada yang telah pergi selamanya

ayah... rindu sangat dekat ayah
baru-baru ni, ummi telefon
ummi menangis mengadu rindu pada ayah
kata ummi, dia terasa sangat kehilangan ayah sebab dia tak dapat jaga ayah saat-saat akhir ayah
dia tak dapat berbakti saat ayah sakit bertahun lamanya
sampai hati orang tua jahat tu buat dekat ummi macam tu
sampai hati orang tua jahat tu dera ayah dan cucu-cucu ayah ni macam ni
mental kami pun terusik

susah untuk aku maafkan orang tu
betul-betul talam dua muka dia tu
kalau bukan kerana masih ada hormat, dah lama aku tengking dia
dah lama kami adik beradik serang rumah dia
dah lama kami cucu-cucu ni maki hamun dia
berharap cerita itu tamat sampai di sini tapi aku tahu ia masih tergantung menunggu episod baru tiba
benci bila ingat semua tu

..........................................................

pertengahan tahun 2020 ni masing-masing menjadi sejarah dunia bila covid19 menyerang 
benda yang tak pernah terjadi akan di lalui semua orang
hebat betul tahun 2020 ni
semua orang tunggu tahun 2020 ni tapi tak sangka jadi sejarah dunia betul

sepanjang mco, aku stay dirumah bersama abah dan ummi
ada satu waktu abah berkata, "tak pernah korang ada lama kat rumah ni. dah bertahun dari korang kecil dulu." 
ya.. aku dan adik beradik lain banyak habiskan waktu di sekolah asrama kami terutama kc dan angah.
dia masuk asrama saat umurnya 13 tahun sampailah habis sekolah terus masuk universiti dan kerja. masa banyak dihabiskan di asrama dan rumah sewa. saat membesar bersama abah ummi hanya ketika lahir hingga 12 tahun saja. 
aku tersedar yang rupanya tak banyak pun masa aku di kampung bila semakin meningkat usia. mesti abah ummi rasa sunyi selama ni bila anak-anak makin meningkat membesar.
ada hikmah juga pandemik ni. masing-masing dapat luangkan masa dengan keluarga.

.................................................................

habis mco, masing-masing pulang ke tempat kerja
aku bersyukur masih bekerja 
ramai yang kehilangan kerja
ada yang di potong gaji, ada yang dibuang kerja
3 minggu lepas aku masuk office, aku dapat text dari HR kata aku dapat kenaikan gaji dan suruh jangan kecoh sebab tak semua dapat kenaikan gaji tu
ya bersyukur di saat orang ramai kehilangan kerja, gaji aku masih berjalan seperti biasa malah dapat kenaikan gaji
office pun dapat banyak job

..................................................................

di hampir penghujung tahun ini juga aku mampu tersenyum bahagia
masih ada ruang untuk aku dan kamu bergurau dan berjumpa
masih ada waktu untuk kita luang waktu bersama seperti dahulu
masih ada cerita yang mampu dikongsi bersama
terima kasih untuk kesempatan yang ada
aku sayang kamu my some0ne


andai permulaan tahun aku pernuh duka dan sengsara sekurangnya penutup tahun 2020 nanti aku mampu bahagia


:: berjalanlah jangan berlari
kerana hidup itu tentang
Perjalanan bukan Pelarian ::


0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP