15 March 2021

Ankle Sprain

semalam jatuh tersembam ke tanah
tahan dengan lengan kanan tapi masih muka cium tanah
mujur juga mulut terbuka jadi bibir tak la pecah 
nak elak dari jatuh ke simen so rebahkan badan ke tanah
kalau jatuh ke simen, silap-silap gigi patah, bibir pecah dan hidung bengkak

jatuhnya pagi, kesannya terasa lewat petang
maghrib tu dah berdenyut mcm patah tangan je
tapi rasanya tak
so sapu minyak panas dan bandage kuat-kuat bagi kurangkan rasa berdenyut tu
malam memang susah nak tidur jugak la
hampir-hampir menitikkan air mata sebab terlampau sakit ๐Ÿ˜‚

teringat kejadian beberapa tahun lalu
gara-gara main futsal kaki terkepak siap pakej member yang badan size giant tindih kaki tu pulak
terus stop main. sakit tapi masih boleh berjalan macam biasa lagi
kene pukul 11.30pm. 
pukul 3am, terjaga dari tidur sebab berdenyut yang melampau
sentuh pergelangan kaki pun tak boleh
sakit tak tau nak cakap la
kejut somebody masa tu minta dia sapukan minyak
tapi tak boleh sentuh kaki nak sapu minyak sebab akan sakit
so menangis la jawabnya
yang peliknya kaki tak bengkak langsung
so masa tu fikir tak mungkin patah

so just bertahan di rumah cuba sapu minyak je
kaki tak boleh jejak lantai sebab akan berdenyut
bila dah tak tahan sangat call mak bagitau dan mak suruh jumpa makcik ktorg yang pandai urut
sebenarnya risau nak urut ni. sentuh pun sakit macam maner nak urut tapi cuba je la
dua orang member papah sebab tongkat tak ada dan tak mampu nak jalan pun kaki sakit tu

sampai rumah makcik, dia kata ini tak boleh diurut sebab bukan terseliuh dan bukan patah
dia just sapu kunyit dan minyak apa ntah. lepas tu bandage

tapi sebab tak puas hati tak ada tanda-tanda nak baik so ke hopital la akhirnya
membebel doktor tu bila hari ke 3 baru nak datang dan kaki kuning sebab kunyit ๐Ÿ˜‚

di refer ke bahagian ortopedik dan xray la kaki tu
good news is tak ada patah tulang but bad news is itu adalah ankle sprain grade 3 which means yang paling serius 

doktor just bagi ubat tahan sakit dan bandage je
kene buat fisioterapi la gak seminggu tu baru boleh letak kaki ke lantai sebab tak berdenyut dah
nak berjalan masih amik masa slow-slow

sebulan la juga berjalan slow je dan berbulan juga baru boleh berlari
kesannya, sampai sekarang boleh rasa
bila berlari atau hiking, jalan ditempat tak rata yang berbatu-batu akan rasa sakit kat bahagian pergelangan tu lagi

rasa kesakitan tu masih boleh terbayang
sentuh je kaki pun rs mcm org pijak kaki kita
haishh.. sakit betul bila ingat balik

so sebab tu jarang buat aktiviti menggunakan kaki ni. 
main futsal or bola memang tak dah lepas kejadian tu ๐Ÿ˜…
bukan fobia tapi rasa kaki ni boleh terkepak lagi je. macam dah tak kuat pergelangan ni

semalam yang jatuh pun sebab terkepak lagi la kaki ni
kaki kanan juga ๐Ÿ˜ข









kesimpulannya, terus la pergi ke klinik atau hospital
supaya senang doktor detect awal sakit apa
so aku belajar dari pengajaran diri sendiri



0 bacteria:

..seLama aKu laLui..

nobody understands the reason why i meet u in this life times journey.. we are not related by blood but we know from the start.. Allah put us together to be someone by heart..

..seLama aKu inGat..

they say past is past..we need to move on to see the future. but how can we move on when our past is the only thing we ever wanted in the future..

..seLama aKu hiDup..

aku dilahirkan sbg seseorg
aku menghabiskan ms mencari diri sendiri..
mencari sesuatu yg pasti
mencari sinar bahagia

i'm Co0Lz

..all by myself..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP