Upside Down
bulan 2 haritu aku dan family dapat berita yang kurang enak
kakak kesayangan aku yang aku panggil KC telah disahkan breast kanser
dia bagitau kami dalam video call family
lepas dapat berita tu aku lost sekejap
dia orang yang aku paling sayang dalam family
orang yang paling rapat dalam family
dia orang yang banyak membentuk siapa aku sekarang ni
dia juga orang yang sentiasa ada dengan aku susah dan senang aku
dia yang paling banyak membantu dari segi kewangan, nasihat, backup dari tekanan orang lain dan sentiasa menceriakan hidup aku
dia juga sentiasa memenuhi setiap permintaan aku
aku persoal kenapa mesti dia yang kene ujian ni
kenapa dia kene hadap kesakitan tu
air mata aku mudah tumpah bila cerita pasal dia
separuh jiwa aku turut hilang ketika dia lakukan operation buang breast dia
bukan sebab sedih hilang breast tapi sedih lihat dia sorang-sorang hadap dugaan tu selama ni
aku ada dengan dia sebelum operate dan selepas operate
aku jaga dia sepenuh hati aku
hanya aku yang mahu dia jumpa dan harap
ummi dan abah samapai sekarang masih belum jumpa dia lagi setelah operate tu
kemudian dapat berita rumah pertama dia hampir dilelong ada orang nak beli
sayang.. tapi itu yang terbaik
rumah banglo 6 bilik harga hampir setengah juta
ramai orang nak beli tapi ramai yang tak lepas loan
akhirnya pada masa kakak aku nak operate, ada orang nak beli dan dia mampu beli
orang kampung kami juga
Allah tarik satu nikmat hidup dia tapi Allah ganti dengan yang lain
percaturan Allah itu yang terbaik cuma kita tak nampak sebelum ni
angah kata melepaskan tak bererti kehilangan
tepat untuk situasi dia tu
selagi aku bernyawa, aku rela korbankan apa saja untuk KC
semoga aku masih mampu hidup dengan dia sampai ke tua
masih banyak cerita mampu aku kongsi dengan dia

0 bacteria:
Post a Comment